Nampaknya anda termasuk orang Islam symbul. Anda asik berpikir tentang akhlak, 
padahal akhlak itu nomor 3. Jelas susunannya sebagai berikut:

'Aqidah ------------Ibadah/muamalah --------------------------baru Akhlak

Kalau anda benar 'aqidahnya, pastilah anda fokuskan pada hablum minannas nya 
dahulu bukan pada kulitnya. Sekarang  di acheh  - Sumatra  kaum dhuafa sedang 
menderita, sementara  kaum mutakabbirun sedang bersukaria  diatas  penderitaan  
kaum dhu'afa.  Jadi kalau kaum penjajah masih eksis di Acheh, takusah bicara 
agama, sebab agama Islam itu akan mengalami dekaden tanpa systemnya. Untuk 
mendirikan system Islam justru para koloninya dulu harus hengkang dari bumi 
Acheh, hingga tidak ada kesempatan bagi mereka untuk menerapkan syariat 
pura-pura sebagaimana kita saksikan selama ini. Untuk anda ketahui bagaimana 
akhlak yang mulia lihatlah akhlak Abu Dzar Ghifari berikut ini:


Abu Dzar al-Ghiffari: Sumpahnya 

Oleh: Abu Dzar
Apabila Karl Marx (1818-1883) dianggap oleh ramai orang sebagai pembela “kaum 
proletar”, maka da lam Islam kita mengenali Abu Dzar Ghifari sebagai tokoh 
pembela kaum Mustad’afin atau kaum yang tertindas.

Abu Dzar yang terkenal sebagai salah seorang dari pada empat ‘tiang’ kelompok 
Ali bin Abi Thalib ada lah suatu ‘tanda bermakna’ tentang seorang Muslim yang 
komited, tegar, revolusioner, yang menyampai kan pesan persamaan, persaudaraan, 
keadilan dan pembebasan. Ali Syari’ati, seorang tokoh sosiolog-politikus dunia 
Islam, dalam salah satu tulisannya de ngan bangga mengatakan bahawa “Abu Dzar 
ada lah leluhur segenap mahzab egaliter pasca-revolusi Perancis”.

Abu Dzar berasal dari suku Ghiffar yang tinggal di daerah yang dilalui oleh 
kafilah-kafilah dagang. Sebelum Islam, dia adalah pemuka perompak Ghi fari. 
Tetapi berbeza dengan perompak-perompak lain, etika Abu Dzar dalam merompak 
mirip lagenda Robin Hood dalam masyarakat Inggeris. Dia hanya merompak 
pengusaha-pengusaha multinasional yang kaya, yang kemudian hasil rompakannya 
diba hagikan kepada orang-orang miskin.

Ketika Anis, saudaranya pulang dari Makkah, dia me lapor bahawa: “Aku bertemu 
dengan seorang Nabi yang menganut agama seperti kamu”.   Maka ber angkatlah Abu 
Dzar ke Makkah dan dia beriman me lalui Imam Ali as. Dia berbai’ah kepada Nabi: 
 “Aku berjanji akan mengatakan kebenaran walaupun pahit”.

Sumpah Abu Dzar: “Aku berjanji akan mengatakan kebenaran walaupun pahit” adalah 
bukan sekadar sumpah di mulut saja. Sumpah Abu Dzar tidaklah sa ma dengan 
janji-janji para politikus yang kadang-kala hanya digunakan untuk tujuan 
politik untuk me ncapai kekuasaan. Sumpah Abu Dzar juga lain de ngan suara 
pemimpin mahasiswa yang kadang-kala diucapkan hanya sebagai simbol untuk 
melegitimasi ‘agenda’ mahasiswa sebagai ‘agent of change’. Sum pah seorang Abu 
Dzar adalah sumpah seorang pe nganut ideology yang bersedia untuk syahid demi 
ter tegaknya kebenaran. Abu Nu’aim menceritakan pribadi Abu Dzar dengan puitis:

Khadimar Rasul,
wata’allamal ushul,
wa nabad zal fudhul
(Dia mengabdi kepada Rasul mulia,
belajar dasar-dasar agama,
dan melemparkan kemegahan dunia)

Pada zaman Uthman, dia melihat sebahagian dari ruling elite Jahiliyyah tampil 
kembali. Marwan bin Al-Hakam, yang pernah diusir Nabi saww dari Madinah, 
menjadi Setiausaha Negara. Muawiyah, putra Abu Sufyan, menjadi gabenor di Syria 
(Syam). Sementara itu, ke kayaan hanya dibahagikan kepada keluarga penguasa. 
Al-Walid bin Uqbah, yang disebut fasiq dalam Al-Qur’an diberi 100,000 dirham. 
Mahzur, pusat perdagangan yang dahulunya milik bersama, sekarang di serahkan 
kepada satu tangan saja, yakni Marwan bin Al-Hakam. Ladang rumput yang 
dahulunya boleh dimasuki oleh ternakan siapapun sekarang dimono poli oleh Bani 
Umayyah. Di Syria dilihatnya juga bahawa Muawiyah telah menjadi majikan kepada 
harta baitulmal dan juga atas kehidupan dan milikan rakyat. Dia melihat 
Muawiyah menghambur-hambur kan harta baitulmal, melesapkan bantuan untuk kaum 
Muslimin dan membunuh orang sesukanya.

Sementara itu di sisi lain dia melihat bahawa rakyat dan para pejuang zaman 
Rasulullah hidup dengan sengsara. “Sampai ada salah seorang di antara me reka 
yang bergolok-gadai, hanya sekadar untuk membeli beberapa potong roti . . . .” 
tulis Al-Husaini dalam bukunya, Imam Al-Muhtadin.

(disebabkan Hadist (wasiat) dibawah ini bertentangan dengan prinsip pembelaan 
terhadap kaum dhuafa, makanya tidak di i kut sertakan). Realitanya walau 
bagaimanapun disaat kita memprotes kedhaliaman, pasti berhadapan dengan power 
yang dimiliki pihak dhalim. Justru itu kitapun harus mempersiapkan power agar 
tujuan kita berhasil. Syaratnya pertama sekali memang harus menyampaikan protes 
(non power)

Mengingatkan wasiat Nabi di atas, Abu Dzar bangkit dengan tidak menghunus 
pedang, tetapi dengan me nyampaikan kontrol sosial. Abu Dzar meminta kepa da 
orang yang berkuasa untuk berlaku adil terhadap rakyat miskin yang telah 
kehilangan hak-haknya. Dia juga mendorong masyarakat untuk merebut hak mereka 
dan membanteras kemiskinan yang mende katkan diri kepada kekufuran. Dia juga 
melakukan demonstrasi- demonstrasi dan tunjuk perasaan me nentang kezaliman 
penguasa.

Ketika melihat Abu Darda sedang membangunkan rumah mewah, Abu Dzar 
memperingatkan, “Engkau angkut batu-batu di atas tengkuk orang lain”. Kemu dian 
pernah suatu hari, Abu Dzar hadir di majlis kha lifah. Khalifah bertanya: 
“Setelah menyerahkan za  kat, apakah masih ada kewajiban lain?”. Kata Kaab: 
“Tidak, cukuplah dengan zakat itu.” Abu Dzar kemu dian memukul dada Kaab: 
“Engkau dusta, hai anak Yahudi. Allah berfirman: Bukanlah kebaikan itu me 
nghadapkan wajahmu ke Barat atau ke Timur. Keba ikan itu ialah beriman kepada 
Allah, hari akhir, para malaikat, kitab, dan para nabi. Memberikan harta yang 
dicintainya kepada keluarga dekat, anak ya tim, orang miskin, ibnu sabil, para 
peminta, para ta wanan,…”. (Al-Baqarah 177). Ketika khalifah berta nya bolehkah 
khalifah menggunakan harta kaum muslimin sekehendaknya, Kaab menjawab boleh. 
Abu Dzar marah dan kemudian memukulkan tong katnya ke dada Kaab. Dia akhirnya 
diperintahkan pergi meninggalkan Madinah, dan diusir ke Syria.

Di Syria ketika Muawiyah membangunkan istana me gah Al-Khadhra, Abu Dzar setiap 
hari berteriak di de pan pintu gerbangnya: “Orang-orang yang menyim pan emas 
dan perak dan tidak menafkahkannya di jalan Allah, khabarkan kepada mereka 
seksaan yang pedih. Kemudian kepada Muawiyah, dia berka ta: “Kalau rumah ini 
engkau bangunkan dengan har tamu sendiri, engkau berlebih-lebihan. Kalau engkau 
bangun ini dengan harta rakyat, sesungguhnya eng kau khianat”.

Kerana aksi-aksinya ini Abu Dzar dianggap telah mengganggu keamanan. Dan 
menimbulkan resah masyarakat. Oleh kerana itu, banyak tindakan-tin dakan 
represif yang dilakukan oleh pemerintahan Bani Ummayah terhadapnya. Mereka 
tidak mengi zinkan Abu Dzar untuk bergaul dengan rakyat. Atas perintah Uthman, 
Muawiyah pernah berkata kepada sahabat besar Nabi ini: “Wahai musuh Allah! 
Engkau menghasut orang menentang aku dan berbuat sesu kamu. Apabila aku ingin 
membunuh sahabat Nabi tanpa izin khalifah, engkaulah orangnya”. Abu Dzar 
menjawab: “Saya bukan musuh Allah atau NabiNya. Justeru engkau dan ayahmu yang 
menjadi musuh Allah. Kamu berdua masuk Islam secara lahiriah, se mentara 
kekafiran masih tersembunyi dalam hati ka mu”.

Menghadapi onarnya di Syria, Uthman memerintah kan Muawiyah untuk mengirim Abu 
Dzar ke ibukota. Muawiyah kemudian menuruti perintah Uthman. Abu Dzar diikatkan 
di atas unta yang pelananya tidak di beri alas. Ketika sampai di Madinah 
sebahagian pa hanya tergelupas, dan punggungnya pun cedera. Dalam perjalanan 
dari Damsyik ke Madinah, dia di kawal oleh para tentera.

Ketika Uthman melihat Abu Dzar, dia memprotes kegi atan sahabat Nabi ini. Abu 
Dzar menjawab: “Saya mengharapkan kebaikan dari anda, tetapi anda ma lah menipu 
saya. Begitu juga, saya mengharapkan kebaikan teman anda (Muawiyah) tetapi dia 
pun menipu saya”. Uthman berkata: “Engkau pembo hong. Engkau hendak menimbulkan 
kerusuhan. Eng kau menghasut seluruh rakyat Syria menentang ka mi”. Abu Dzar 
menjawab dengan tenang: “Anda ha rus mengikuti langkah-langkah Abu Bakar dan 
Umar. Apabila anda berbuat demikian tidak akan ada orang yang mengatakan 
sesuatu terhadap anda”. Uthman menjawab: “Semoga ibumu mati! Apa hubungan anda 
dengan urusan ini”. Abu Dzar menjawab: “Sepanjang berkaitan diri saya, tidak 
ada pilihan selain menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari 
kejahatan”. Perseteruan antara keduanya semakin menjadi serius. Abu Dzar 
menuduh ketundukan Uthman kepada keinginannya sendiri sebagai ketidaktaatan 
kepada Allah dan tidak adil kepada makhlukNya. Uthman sangat
 tersinggung lalu berteriak: “Wahai manusia! Katakan padaku apa yang harus 
dilakukan terhadap pembohong tua ini. Apakah aku harus memukulnya, membunuhnya 
atau membuang dia dari wilayah Islam? Dia telah menciptakan perpecahan di 
kalangan kaum muslimin”. Pada saat itu Imam Ali sedang berada di sana. Dia 
berpaling kepada Uthman dan berkata: “Saya pernah mendengar Nabi Suci saww 
bersabda bahawa tidak ada seorang pun di bawah kolong langit ini yang lebih 
jujur selain daripada Abu Dzar”.

Pada suatu ketika timbul gagasan Uthman untuk ber damai dengan Abu Dzar. Dia 
mengirimkan dua ratus keping wang emas kepada Abu Dzar untuk keperlu an 
hidupnya. Abu Dzar bertanya kepada orang yang membawa wang tersebut: “Apakah 
Uthman membe rikan jumlah wang yang sama kepada setiap mus lim?”. Orang 
tersebut mengatakan tidak. Abu Dzar mengembalikan wang tersebut seraya berkata: 
“Saya termasuk anggota umat Islam dan oleh kare na itu maka saya hanya harus 
mendapatkan jumlah yang sama dengan orang lain”. Tatkala dia menolak wang itu, 
dia tidak mempunyai apa-apa di rumah nya selain sekerat roti kering.

Akhirnya Uthman memutuskan untuk menghukum Abu Dzar. Pertamanya dia ingin 
menyerahkan Abu Dzar kepada pembunuh upahan. Tetapi, setelah dia berfikir lagi, 
akhirnya dia memutuskan untuk mem buang Abu Dzar ke padang pasir Rabadzah yang 
tandus yang tidak dihuni oleh manusia, haiwan ma hupun ditumbuhi tanaman. 
Ketika saat keberang katan Abu Dzar tiba, Uthman melarang masyarakat 
menyaksikan pemergiannya. Akhirnya tidak ada yang berani menghantarnya kecuali 
lima orang, iaitu Imam Ali, saudaranya Aqil, Hasan, Husein dan Ammar bin 
Yassir. Tanggungjawab pengawasan dan keberangkatan Abu Dzar diserahkan kepada 
Mar wan. Dengan lancang Marwan mencegah Imam Ali dan teman-temannya menemui Abu 
Dzar. Imam Ali memarahi nya dan memukul kudanya dan berteriak: “Pergi jauh dari 
sini! Semoga Allah melemparkan anda ke dalam neraka”.

Imam Ali dan keluarganya menghantarnya ke pinggir kota. Kemudian dia 
mengucapkan selamat berpisah kepa da Abu Dzar dengan berkata: “Wahai Abu Dzar, 
anda marah kepada orang-orang ini kerana Allah. Ke rana itu maka anda hanya 
harus mengharapkan ganjaran dari Dia saja. Mereka takut kepada anda kerana 
kegiatan anda dapat menyebabkan mereka kehilangan dunia (kesenangan dunia), dan 
anda membimbangkan mereka kerana anda hendak menaga keimanan anda. Lihatlah 
betapa mereka me merlukan agama yang atasnya anda tidak mengi zinkan mereka 
berbuat seenaknya, dan lihatlah beta pa merdekanya anda dari dunia yang atasnya 
mere ka rebut hak anda. Akan anda ketahui nanti (di hari pembalasan) siapa yang 
menjadi pemenang dan si apa yang iri hati. Meskipun seseorang dihindarkan dari 
bumi dan langit, apabila dia bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah pasti akan 
membukakan jalan baginya. Anda akan selalu mencintai kebenaran dan menjauhi 
kebatilan. Apabila anda juga mene rima dunia mereka maka mereka
 akan menyukai anda, dan jika anda berhutang pada dunia ini maka tentulah 
mereka sudah menyediakan perlindungan bagi anda”. (Nahjul Balaghah). Abu Dzar 
hanya membalas dengan linangan air matanya. “Kalian mengingatkan aku kepada 
Rasulullah”, kata Abu Dzar.

Di sana dalam pengasingannya, di tanah gersang Rabadzah, dia kelaparan bersama 
isteri dan anak nya. Seperti nubuwwat Nabi SAW yang mengatakan: “Hai Abu Dzar, 
engkau datang sendirian, engkau hidup sendirian, engkau bakal mati sendirian 
juga. Tetapi serombongan orang Iraq yang saleh kelak akan mengurus 
pemakamanmu”, maka dia pun meninggal dalam pengasingan.

Diberkatilah Abu Dzar yang bangkit dan berusaha menegakkan kebenaran sampai 
nafasnya yang terakhir. Dia mati kerana setia kepada bai’ahnya. Dia mati kerana 
mempertahankan keyakinannya.


 
ahmadbadrudduja <[EMAIL PROTECTED]> skrev:                               
Ruzbihan Hamazani
 
 Tantangan umat Islam saat ini adalah menegaskan kembali komitmen yang
 konsisten pada ajaran etis Islam seperti disebut di atas. Kegagalan
 melakukan tugas ini akan berarti kegagalan umat Islam memperlihatkan
 kepada dunia luar tentang universalitas etika Islam, sekaligus
 kegagalan kleim Qur'an bahwa Islam membawa rahmat bagi seluruh dunia.
 Alih-alih membawa rahmat, Islam dan umat Islam akan diejek sebagai
 agama dan umat yang membawa musibah bagi dunia.
 
 Inikah nasib Islam yang dikehendaki oleh umat Islam saat ini?
 
 Jika umat Islam tak mampu mengubah sikap-sikap mereka sendiri dan
 hidup sesuai dengan cita-cita etis Islam, maka janganlah melolong,
 marah, protes kiri-kanan karena bangsa lain menuduh umat Islam sebagai
 umat yang menggemari kekerasan, intoleran, eksklusif, dan sama sekali
 tak bisa menhormati pihak lain. Tuduhan dari bangsa lain di luar Islam
 hanyalah cerminan dari keadaan dalam tubuh umat Islam sendiri.
 Peribahasa Melayu mengatakan, janganlah karena muka jelek, cermin
 ditepuk. Qur'an sendiri menegaskan, "inna `l-Laha la yughayyiru ma bi
 qawmin hatta yughayyiru ma bi anfusihim." (QS 13:11) Artinya: Allah
 tak akan mengubah nasib suatu bangsa jika mereka tak mengubah keadaan
 mereka sendiri.
 
 ..........
 Selengkapnya baca di: 
 
 
http://ruzbihanhamazani.wordpress.com/2008/01/29/di-manakah-akhlak-kalian-wahai-umat-islam/
 
 
     
                               
 
       
---------------------------------

Klaustrofobisk innboks? Få deg en Yahoo! Mail med 250 MB gratis lagringsplass 
http://no.mail.yahoo.com

Kirim email ke