[Iklan-Mini] IBUKU SEORANG PEMBOHONG!!!
Dengan izin Tuan/Puan/Cik Moderator... Rencana bersumber dari: www.beruangmadu.com Anda masih ada Ibu? Atau anda sendiri adalah seorang Ibu? Jika jawapannya “YA” maka silalah teruskan membaca… Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin.. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA. Selanjutnya bacalah di sini...
[Iklan-Mini] WALAU KITA SAMA MANUSIA
Dengan izin Tuan/Puan/Cik Moderator Rencana bersumber dari: www.beruangmadu.com Ini satu kisah dari Kerajaan Lama Thai (Ayutthaiyya) sebagai pengajaran. Silakan…. Pada zaman dahulu, terdapat seorang raja yg adil memerintah Kerajaan Ayutthaiyya di Siam. Kegemaran raja ini akan mengembara dgn menaiki bahtera. Adapun, ketika mengembara, baginda akan membawa bersama menteri-menteri baginda serta juak-juak istana yg bertindak sbg pengayuh bahtera itu. Pelayaran ini biasanya akan merentasi hutan tebal, perkampungan rakyat jelata, pelabuhan yang sibuk dan tidak kurang juga melalui jurang-jurang gunung yang sempit. Baginda amat menyukai pemandangan yang dikurniakan oleh Tuhan ke atas negara yang diperintahnya. Selalunya ketika dalam pelayaran itu, baginda akan berbaring-baring atau duduk bermalas-malasan bersama para menteri sambil membicarakan soal rakyat. Dengan duduk secara santai itu, raja serta para menteri akan lebih selesa mengeluarkan pendapatan tanpa ada rasa tertekan yang boleh membantukan buah fikiran. Kadang-kadang raja dan menteri-menteri itu duduk menikmati alunan tiupan seruling dari biti-biti istana. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di sanubari Loy, seorang juak-juak yang menjadi pendayung bahtera itu. Lantas Loy menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Chun tentang ketidaksamaan layanan raja terhadap juak-juak dengan menteri diraja. “Engkau lihat, menteri-menteri itu bersenang lenang berehat di dewan diraja. Sedangkan kita di sini berhempas pulas mengerah tenaga mendayung bahtera ini. Apa bezanya kita? Bukankah kita sama-sama manusia?” kata Loy. Chun hanya terdiam. Selanjut nya sila baca di sini...