Rasulullah mengatakan bahwa kemiskinan itu dapat membuat manusia menjadi kafir. 
Lalu Imam 'Ali mengatakan: "Andaikata kemiskinan itu berbentuk makhluk, akan 
kubunuh dia". Kemudian Abu Dzar Ghifari melanjutkan: "Andaikata kemiskinan itu 
masuk ke dalam suatu rumah melalui pintu, maka iman akan keluar melalui 
jendela".
 
Salaamun 'alaikum wr wbr



----- Original Message ----
From: | r i m a | <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Monday, January 21, 2008 9:27:34 AM
Subject: [IACSF] Patron: Abu Dzar al-Ghiffari

Source: http://ummahonline. wordpress. com/2007/ 08/19/abu- dzar-al-ghiffari 
-sumpahnya/ 
Abu Dzar al-Ghiffari: Sumpahnya 
Oleh: Abu Dzar
Apabila Karl Marx (1818-1883) dianggap oleh ramai orang sebagai pembela “kaum 
proletar”, maka dalam Islam kita mengenali Abu Dzar sebagai tokoh pembela kaum 
Mustad’afin atau kaum yang tertindas.
Abu Dzar yang terkenal sebagai salah seorang daripada empat ‘tiang’ kelompok 
Ali bin Abi Thalib adalah suatu ‘tanda bermakna’ tentang seorang Muslim yang 
komited, tegar, revolusioner, yang menyampaikan pesan persamaan, persaudaraan, 
keadilan dan pembebasan. Ali Syari’ati, seorang tokoh sosiolog-politikus dunia 
Islam, dalam salah satu tulisannya dengan bangga mengatakan bahawa “Abu Dzar 
adalah leluhur segenap mahzab egaliter pasca-revolusi Perancis”.
Abu Dzar berasal dari dari suku Ghiffar yang tinggal di daerah yang dilalui 
oleh kafilah-kafilah dagang. Sebelum Islam, dia adalah pemuka perompak Ghifari. 
Tetapi berbeza dengan perompak-perompak lain, etika Abu Dzar dalam merompak 
mirip lagenda Robin Hood dalam masyarakat Inggeris. Dia hanya merompak 
pengusaha-pengusaha multinasional yang kaya, yang kemudian hasil rompakannya 
dibahagikan kepada orang-orang miskin.
Ketika Anis, saudaranya pulang dari Makkah, dia melapor bahawa: “Aku bertemu 
dengan seorang Nabi yang menganut agama seperti kamu”. Maka berangkatlah Abu 
Dzar ke Makkah dan dia beriman melalui Saidina Ali. Dia berbai’ah kepada Nabi: 
“Aku berjanji akan mengatakan kebenaran walaupun pahit”.
Sumpah Abu Dzar: “Aku berjanji akan mengatakan kebenaran walaupun pahit” adalah 
bukan sekadar sumpah di mulut saja. Sumpah Abu Dzar tidaklah sama dengan 
janji-janji para politikus yang kadang-kala hanya digunakan untuk tujuan 
politik untuk mencapai kekuasaan. Sumpah Abu Dzar juga lain dengan suara 
pemimpin mahasiswa yang kadang-kala diucapkan hanya sebagai simbol untuk 
melegitimasi ‘agenda’ mahasiswa sebagai ‘agent of change’. Sumpah seorang Abu 
Dzar adalah sumpah seorang penganut ideologi yang bersedia untuk syahid demi 
tertegaknya kebenaran. Abu Nu’aim menceritakan peribadi Abu Dzar dengan puitis:
Khadimar Rasul,
wata’allamal ushul,
wa nabad zal fudhul
(Dia mengabdi kepada Rasul mulia,
belajar dasar-dasar agama,
dan melemparkan kemegahan dunia)
Pada zaman Uthman, dia melihat sebahagian dari ruling elite Jahiliyyah tampil 
kembali. Marwan bin Al-Hakam, yang pernah diusir Nabi SAW dari Madinah, menjadi 
Setiausaha Negara. Muawiyah, putra Abu Sufyan, menjadi gabenor di Syria. 
Sementara itu, kekayaan hanya dibahagikan kepada keluarga penguasa. Al-Walid 
bin Uqbah, yang disebut fasiq dalam Al-Qur’an diberi 100,000 dirham. Mahzur, 
pusat perdagangan yang dahulunya milik bersama, sekarang diserahkan kepada satu 
tangan saja, yakni Marwan bin Al-Hakam. Ladang rumput yang dahulunya boleh 
dimasuki oleh ternakan siapapun sekarang dimonopoli oleh Bani Umayyah.
Di Syria dilihatnya juga bahawa Muawiyah telah menjadi majikan kepada harta 
baitulmal dan juga atas kehidupan dan milikan rakyat. Dia melihat Muawiyah 
menghambur-hamburka n harta baitulmal, melesapkan bantuan untuk kaum Muslimin 
dan membunuh orang sesukanya.
Sementara itu di sisi lain dia melihat bahawa rakyat dan para pejuang zaman 
Rasulullah hidup dengan sengsara. “Sampai ada salah seorang di antara mereka 
yang bergolok-gadai, hanya sekadar untuk membeli beberapa potong roti
” tulis 
Al-Husaini dalam bukunya, Imam Al-Muhtadin.
Semua ini membuatkan Abu Dzar marah. Dia kemudian teringat akan pesanan Nabi 
SAW: “Hai Abu Dzar, bagaimana pendapatmu apabila berjumpa dengan penguasa yang 
mengambil ufti untuk dirinya dari kedudukannya?”. “Demi Allah yang mengutus 
anda ya Rasulullah, akan aku tebas mereka dengan pedangku”, kata Abu Dzar. Nabi 
SAW memberi nasihat, “Aku tunjukkan cara yang lebih baik. Bersabarlah sampai 
engkau berjumpa denganku”. Bagi Abu Dzar, bersabar adalah bukan bererti diam. 
Kerana bagi Abu Dzar kebenaran yang bisu adalah bukan kebenaran. Baginya 
kebenaran adalah mengatakan sesuatu yang hak dengan terus-terang dan menentang 
yang batil.
Mengingatkan wasiat Nabi di atas, Abu Dzar bangkit dengan tidak menghunus 
pedang, tetapi dengan menyampaikan kontrol sosial. Abu Dzar meminta kepada 
orang yang berkuasa untuk berlaku adil terhadap rakyat miskin yang telah 
kehilangan hak-haknya. Dia juga mendorong masyarakat untuk merebut hak mereka 
dan membanteras kemiskinan yang mendekatkan diri kepada kekufuran. Dia juga 
melakukan demonstrasi- demonstrasi dan tunjuk perasaan menentang kezaliman 
penguasa.
Ketika melihat Abu Darda sedang membangunkan rumah mewah, Abu Dzar 
memperingatkan, “Engkau angkut batu-batu di atas tengkuk orang lain”. Kemudian 
pernah suatu hari, Abu Dzar hadir di majlis khalifah. Khalifah bertanya: 
“Setelah menyerahkan zakat, apakah masih ada kewajiban lain?”. Kata Kaab: 
“Tidak, cukuplah dengan zakat itu.” Abu Dzar kemudian memukul dada Kaab: 
“Engkau dusta, hai anak Yahudi. Allah berfirman: Bukanlah kebaikan itu 
menghadapkan wajahmu ke Barat atau ke Timur. Kebaikan itu ialah beriman kepada 
Allah, hari akhir, para malaikat, kitab, dan para nabi. Memberikan harta yang 
dicintainya kepada keluarga dekat, anak yatim, orang miskin, ibnu sabil, para 
peminta, para tawanan,
”. (Al-Baqarah 177). Ketika khalifah bertanya bolehkah 
khalifah menggunakan harta kaum muslimin sekehendaknya, Kaab menjawab boleh. 
Abu Dzar marah dan kemudian memukulkan tongkatnya ke dada Kaab. Dia akhirnya 
diperintahkan pergi meninggalkan Madinah, dan
 diusir ke Syria.
Di Syria ketika Muawiyah membangunkan istana megah Al-Khadhra, Abu Dzar setiap 
hari berteriak di depan pintu gerbangnya: “Orang-orang yang menyimpan emas dan 
perak dan tidak menafkahkannya di jalan Allah, khabarkan kepada mereka seksaan 
yang pedih. Kemudian kepada Muawiyah, dia berkata: “Kalau rumah ini engkau 
bangunkan dengan hartamu sendiri, engkau berlebih-lebihan. Kalau engkau bangun 
ini dengan harta rakyat, sesungguhnya engkau khianat”.
Kerana aksi-aksinya ini Abu Dzar dianggap telah mengganggu keamanan. Dan 
menimbulkan resah masyarakat. Oleh kerana itu, banyak tindakan-tindakan 
represif yang dilakukan oleh pemerintahan Bani Ummayah terhadapnya. Mereka 
tidak mengizinkan Abu Dzar untuk bergaul dengan rakyat. Atas perintah Uthman, 
Muawiyah pernah berkata kepada sahabat besar Nabi ini: “Wahai musuh Allah! 
Engkau menghasut orang menentang aku dan berbuat sesukamu. Apabila aku ingin 
membunuh sahabat Nabi tanpa izin khalifah, engkaulah orangnya”. Abu Dzar 
menjawab: “Saya bukan musuh Allah atau NabiNya. Justeru engkau dan ayahmu yang 
menjadi musuh Allah. Kamu berdua masuk Islam secara lahiriah, sementara 
kekafiran masih tersembunyi dalam hati kamu”.
Menghadapi onarnya di Syria, Uthman memerintahkan Muawiyah untuk mengirim Abu 
Dzar ke ibukota. Muawiyah kemudian menuruti perintah Uthman. Abu Dzar diikatkan 
di atas unta yang pelananya tidak diberi alas. Ketika sampai di Madinah 
sebahagian pahanya tergelupas, dan punggungnya pun cedera. Dalam perjalanan 
dari Damsyik ke Madinah, dia dikawal oleh para tentera.
Ketika Uthman melihat Abu Dzar, dia memprotes kegiatan sahabat Nabi ini. Abu 
Dzar menjawab: “Saya mengharapkan kebaikan dari anda, tetapi anda malah menipu 
saya. Begitu juga, saya mengharapkan kebaikan teman anda (Muawiyah) tetapi dia 
pun menipu saya”. Uthman berkata: “Engkau pembohong. Engkau hendak menimbulkan 
kerusuhan. Engkau menghasut seluruh rakyat Syria menentang kami”. Abu Dzar 
menjawab dengan tenang: “Anda harus mengikuti langkah-langkah Abu Bakar dan 
Umar. Apabila anda berbuat demikian tidak akan ada orang yang mengatakan 
sesuatu terhadap anda”. Uthman menjawab: “Semoga ibumu mati! Apa hubungan anda 
dengan urusan ini”. Abu Dzar menjawab: “Sepanjang berkaitan diri saya, tidak 
ada pilihan selain menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari 
kejahatan”. Perseteruan antara keduanya semakin menjadi serius. Abu Dzar 
menuduh ketundukan Uthman kepada keinginannya sendiri sebagai ketidaktaatan 
kepada Allah dan tidak adil
 kepada makhlukNya. Uthman sangat tersinggung lalu berteriak: “Wahai manusia! 
Katakan padaku apa yang harus dilakukan terhadap pembohong tua ini. Apakah aku 
harus memukulnya, membunuhnya atau membuang dia dari wilayah Islam? Dia telah 
menciptakan perpecahan di kalangan kaum muslimin”. Pada saat itu Saidina Ali 
sedang berada di sana. Dia berpaling kepada Uthman dan berkata: “Saya pernah 
mendengar Nabi Suci SAW bersabda bahawa tidak ada seorang pun di bawah kolong 
langit ini yang lebih jujur selain daripada Abu Dzar”.
Pada suatu ketika timbul gagasan Uthman untuk berdamai dengan Abu Dzar. Dia 
mengirimkan dua ratus keping wang emas kepada Abu Dzar untuk keperluan 
hidupnya. Abu Dzar bertanya kepada orang yang membawa wang tersebut: “Apakah 
Uthman memberikan jumlah wang yang sama kepada setiap muslim?”. Orang tersebut 
mengatakan tidak. Abu Dzar mengembalikan wang tersebut seraya berkata: “Saya 
termasuk anggota umat Islam dan oleh kerana itu maka saya hanya harus 
mendapatkan jumlah yang sama dengan orang lain”. Tatkala dia menolak wang itu, 
dia tidak mempunyai apa-apa di rumahnya selain sekerat roti kering.
Akhirnya Uthman memutuskan untuk menghukum Abu Dzar. Pertamanya dia ingin 
menyerahkan Abu Dzar kepada pembunuh upahan. Tetapi, setelah dia berfikir lagi, 
akhirnya dia memutuskan untuk membuang Abu Dzar ke padang pasir Rabadzah yang 
tandus yang tidak dihuni oleh manusia, haiwan mahupun ditumbuhi tanaman. Ketika 
saat keberangkatan Abu Dzar tiba, Uthman melarang masyarakat menyaksikan 
pemergiannya. Akhirnya tidak ada yang berani menghantarnya kecuali lima orang, 
iaitu Saidina Ali, saudaranya Aqil, Hasan, Husein dan Ammar bin Yassir. 
Tanggungjawab pengawasan dan keberangkatan Abu Dzar diserahkan kepada Marwan. 
Dengan lancang Marwan mencegah Ali dan teman-temannya menemui Abu Dzar. Ali 
memarahinya dan memukul kudanya dan berteriak: “Pergi jauh dari sini! Semoga 
Allah melemparkan anda ke dalam neraka”.
Ali dan keluarganya menghantarnya ke pinggir kota. Kemudian dia mengucapkan 
selamat berpisah kepada Abu Dzar dengan berkata: “Wahai Abu Dzar, anda marah 
kepada orang-orang ini kerana Allah. Kerana itu maka anda hanya harus 
mengharapkan ganjaran dari Dia saja. Mereka takut kepada anda kerana kegiatan 
anda dapat menyebabkan mereka kehilangan dunia (kesenangan dunia), dan anda 
membimbangkan mereka kerana anda hendak menjaga keimanan anda. Lihatlah betapa 
mereka memerlukan agama yang atasnya anda tidak mengizinkan mereka berbuat 
seenaknya, dan lihatlah betapa merdekanya anda dari dunia yang atasnya mereka 
rebut hak anda. Akan anda ketahui nanti (di hari pembalasan) siapa yang menjadi 
pemenang dan siapa yang iri hati. Meskipun seseorang dihindarkan dari bumi dan 
langit, apabila dia bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah pasti akan membukakan 
jalan baginya. Anda akan selalu mencintai kebenaran dan menjauhi kebatilan. 
Apabila anda juga menerima dunia mereka
 maka mereka akan menyukai anda, dan jika anda berhutang pada dunia ini maka 
tentulah mereka sudah menyediakan perlindungan bagi anda”. (Nahjul Balaghah). 
Abu Dzar hanya membalas dengan linangan air matanya. “Kalian mengingatkan aku 
kepada Rasulullah”, kata Abu Dzar.
Di sana dalam pengasingannya, di tanah gersang Rabadzah, dia kelaparan bersama 
isteri dan anaknya. Seperti nubuwwat Nabi SAW yang mengatakan: “Hai Abu Dzar, 
engkau datang sendirian, engkau hidup sendirian, engkau bakal mati sendirian 
juga. Tetapi serombongan orang Iraq yang saleh kelak akan mengurus 
pemakamanmu”, maka dia pun meninggal dalam pengasingan.
Diberkatilah Abu Dzar yang bangkit dan berusaha menegakkan kebenaran sampai 
nafasnya yang terakhir. Dia mati kerana setia kepada bai’ahnya. Dia mati kerana 
mempertahankan keyakinannya.Recent Activity
 9New Members
Visit Your Group 
Cat Groups
on Yahoo! Groups
Share pictures &
stories about cats.
Y! Messenger
Instant hello
Chat in real-time
with your friends.
Best of Y! Groups
Check it out
and nominate your
group to be featured.. 



      
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?  
Find them fast with Yahoo! Search.  
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping

Kirim email ke