Marcopolo <[EMAIL PROTECTED]> wrote:            KEM DARAPANAN (Mindanao): 
Kerajaan Filipina menawarkan masyarakat Muslim di selatan negara itu hak untuk 
merdeka – langkah disifatkan pertubuhan Islam terbesar negara berkenaan sebagai 
pencapaian bersejarah.
   
  Tawaran itu bagaimanapun masih perlu dibincang dan diputuskan menerusi 
mesyuarat rasmi kerajaan dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang dijangka 
diadakan dalam masa beberapa minggu lagi di Kuala Lumpur, Malaysia.

Rundingan itu bakal menjadi antara kemuncak bagi menamatkan salah satu konflik 
pemisah yang panjang dan buntu sejak September lalu. 

Namun, di sebalik kebuntuan itu, Manila dan MILF mengadakan beberapa rundingan 
tidak rasmi.

Ini termasuk mesyuarat Disember lalu apabila panel kerajaan Filipina membuat 
tawaran mengiktiraf hak penduduk Moro atau masyarakat Islam yang menetap di 
selatan negara itu, untuk mentadbir sendiri wilayah berkenaan – tawaran yang 
tidak pernah dibuat dalam rundingan sejak tiga dekad lalu.

“Ya, itu satu pencapaian yang bermakna,” kata Pengerusi MILF Al-Haj Murad 
kepada wartawan dari dalam khemahnya di kawasan hutan Mindanao, selatan 
Filipina.

“Kami sememangnya menyambut baik perkembangan ini kerana ia mengorak langkah 
penting mencari sinar kedamaian di Mindanao.”

Sekurang-kurangnya 125,000 orang maut dalam konflik di Mindanao yang juga 
wilayah paling kaya sumber aslinya di negara itu. 

Wilayah itu yang dikatakan memiliki kekayaan sumber asli seperti minyak yang 
belum diterokai, sebaliknya kini menjadi antara yang termiskin di Filipina.

Di sinilah menjadi tempat tinggal sebahagian besar 5 juta penduduk Muslim 
daripada kira-kira 87 juta rakyat Filipina yang beragama Kristian.

Sementara itu di Cotabato City, pakar sejarah yang turut menganggotai panel 
kerajaan, Rudy Rodil turut menyifatkan tawaran Manila adalah yang terbaik 
pernah dibuat.

“Ia satu tawaran menarik dan amat bermakna serta jauh berbeza daripada apa yang 
pernah dibuat pada masa lalu,” katanya. – Reuters

  Sumber: "Bharian.Com.My"
    
---------------------------------
  Don't pick lemons.
See all the new 2007 cars at Yahoo! Autos.  

         

 
---------------------------------
No need to miss a message. Get email on-the-go 
with Yahoo! Mail for Mobile. Get started.

Kirim email ke