Aceh dalam Sejarah   Aceh tercatat dalam sejarah sebagai salah sebuah 
kerajaan Melayu yang menjadi pusat pengembangan Islam. Malahan di tanah yang 
sama dipercayai telah menjadi tempat awal bertapaknya Islam di nusantara.
  Sumatera Utara yang menjadi letaknya wilayah Aceh dipercayai telah menerima 
Islam sejak awal abad ke 7 masihi. Fakta ini telah diperolehi terutama melalui 
sumber catatan China iaitu Laporan I-Tsing seorang pengembara China yang telah 
singgah ke daerah itu  dalam perjalanannya ke India pada tahun 671M.
  Kerajaan Awal Islam - Pasai
  Sebelum kemunculan Melaka sebagai sebuah empayar agung dan pusat perkembangan 
agama Islam, kerajaan-kerajaan Melayu seperti Perlak dan Pasai telah terlebih 
dahulu menerima dan menjadi pusat pengembangan agama Islam. Sultan Malik al 
Salih (Malikussaleh) yang terkenal itu merupakan Sultan yang memerintah Negeri 
Pasai dgn gelaran Merah Silu sebelum memeluk agama Islam. Setelah memeluk agama 
Islam beliau telah berkahwin dgn puteri Perlak. Ikatan dua buah kerajaan ini 
memantapkan lagi kegiatan dakwah di nusantara khususnya Alam Melayu. Beliau 
pada akhir abad ke 13M telah menjadikan kerajaan Samudera-Pasai sebagai sebuah 
negara Islam. Setelah menerima Islam, kerajaan ini semakin berkembang pesat dan 
muncul sebagai sebuah pusat pendidikan dan pengembangan agama Islam yang 
teragung di nusantara.
  Kemunculan Melaka
  Setelah Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal, 
pedagang-pedagang mula beralih ke pelabuhan Melaka. Di samping itu, pemerintah 
kerajaan Pasai ketika itu iaitu Sultan Malik Al Zahir yang tidak begitu maju 
dari segi politik, menyebabkan Pasai semakin merosot pengaruhnya di Alam 
Melayu. Kedudukan pelabuhan Melaka yang strategik di samping kemunculan 
pemimpin yang hebat seperti Tun Perak menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang 
hebat mengatasi kerajaan Pasai pada waktu itu. Uniknya, Melaka juga bangun 
bersama datangnya Islam ke daerah tersebut. Telah menjadi bukti bahawa Islam 
itu membawa rahmat ke seluruh alam. Namun keagungan Melaka dicemburui oleh 
orang luar terutama lanun dunia iaitu kuasa-kuasa barat. Akhirnya Melaka jatuh 
ke tangan lanun Portugis dalam tahun 1511.
  Aceh Muncul
  Portugis yang datang ke Alam Melayu bukan sekadar inginkan habuan ekonomi 
namun  mereka datang membawa misi utk menyebarkan agama kristian dan mungkin 
juga melenyapkan agama Islam. Namun malang sekali kerana misi ini tidak 
berjaya. Bukan sahaja agama Islam tetap menjadi anutan penduduk di Tanah 
Melayu, malahan ACEH muncul sebagai pusat perkembangan dan pendidikan agama 
Islam di nusantara menggantikan Melaka. Aceh merupakan kesinambungan daripada 
kerajaan Pasai yang telah lebih awal muncul dan maju sebelum Melaka. Wilayah 
Pasai yang telah berpecah-pecah di zaman kemerosotannya telah dicantumkan 
semula oleh  Raja Pasai iaitu Raja Ibrahim yang mendirikan kerajaan Aceh. Oleh 
itu Aceh mewarisi tradisi kerajaan Pasai telah meneroka dan membangun Islam 
dalam keadaan izzah.
  Bukan sekadar menjadi pusat perdagangan dan perkembangan agama Islam, selepas 
kejatuhan Melaka, Aceh juga telah menjadi musuh dan saingan Portugis. Aceh 
acapkali telah menyerang Portugis. Walaupun serangan ini tidak berjaya, namun 
serangan ini memberi kesan yang besar dari sudut penyebaran Islam. Ini kerana 
serangan-serangan tersebut tidak memberi ruang utk Portugis menumpukan kepada 
misi penjajahannya. Malahan yang paling penting, tindakan Aceh ini telah 
menyekat dan mengganggu usaha penyebaran agama Kristian di Alam Melayu. 
  Aceh Membangun Bersama Islam
  Sejak Melaka jatuh, Aceh terus membangun dgn pesat. Ia muncul sebagai pusat 
pendidikan Islam. Lebih penting dari itu, Aceh menjadi pusat penyebaran agama 
Islam di nusantara. Di sini munculnya golongan ulama-ulama dan golongan sufi 
seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin Al Raniri, Shamsuddin Al Sumaterani, Sheikh 
Jailani dan lain-lain. Ia juga turut dikunjungi oleh ulama-ulama  besar dari 
Mekah dan India seperti Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah dan Sheikh Muhammad 
Jailani dari Gujerat. Islam menjadi pemangkin dan resepi utama dalam apa jua 
lapangan ilmu seperti kesusasteraan, bahasa dan sebagainya. perkembangan di 
Aceh ini telah menempiaskan aura ke kawasan sekitarnya terutama jiran yang 
paling hampir iaitu Tanah Melayu pada ketika itu.
  Sumbangan Aceh
  Pendakwah Aceh telah bertebaran di kawasan sekitar Alam Melayu malahan sampai 
ke Filipina. Ada yang melakukan tugas sepenuh masa sebagai pendakwah dan ada 
juga yang bertugas secara sambilan di samping menjalankan perdagangan. Di 
antara ulama yang menjalankan kegiatan dakwahnya di luar Aceh ialah Sheikh 
Shamsudin Al Sumaterani yang dikirimkan ke Tanah Melayu dan meninggal di sini 
pada tahun 1630 M. Begitu jua Hamzah Fansuri yang pernah datang ke Pahang, 
Bentan, Kudus dan Siam. Dengan adanya Aceh, Alam Melayu masih dapat menghirup 
udara Islam yang masih berkembang mekar. Islam juga terus mengukuhkan 
pertapakannya di Alam Melayu sehingga ia tidak bisa diganggu gugat lagi 
walaupun Belanda, Inggeris dan Jepun datang menjajah Alam Melayu selepas itu.
  Kejatuhan Aceh
  Akibat serangan yang bertubi dilakukan ke atas Portugis, semakin lama Aceh 
semakin lemah kerana sering di kalahkan oleh angkatan tentera Portugis.  
Tambahan pula pergolakan dalaman yang berlaku akhirnya Aceh semakin lemah 
dengan kematian Ratu Safiatuddin dalam tahun 1675. Sungguhpun lemah dan cuba di 
tentang oleh Belanda, kerajaan Aceh terus tegak sehingga awal abad ke 20.
  Aceh dan Kita
  Jiran yang paling hampir . Berkongsi sejarah tempat membangunnya Islam di 
daerah nusantara, Aceh dan Tanah Melayu berkongsi nostalgia. Aceh dan Tanah 
Melayu berkongsi aspirasi. Aceh sebuah negeri yang telah menyelamatkan maruah 
Islam tatkala ia diinjak-injak oleh orang kafir dgn penaklukan negeri Melaka. 
Pedagang Islam di diskriminasi, maka Aceh membuka daerahnya melayani pedagang 
Islam. Runtuhnya Melaka sebagai pusat perkembangan Islam, maka Aceh muncul 
menyelamatkan orang Melayu untuk terus berada dgn nikmat Islam sehingga ke hari 
ini. Mungkinkah sebaliknya akan berlaku sekiranya Aceh tidak muncul 
menggantikan Melaka sebagai pusat perkembangan Islam pada waktu itu? 
Wallahu'alam.
  Atas dasar perkongsian sejarah ini, maka sewajarnya kita turut merasa 
keperitan dan derita anak-anak generasi yang dilahirkan oleh ulamak-ulamak dan 
pejuang Islam di Aceh yang kini sedang menderita kesan terjangan Tsunami dan 
gempa. Bahkan lebih takut lagi.. di ancam akidahnya oleh gerakan kristianisasi 
yang tidak pernah pudar dgn misi agamanya terhadap alam Melayu terutama Aceh 
yang sememangnya terkenal sebagai kerajaan muslim unggul mengatasi 
kerajaan-kerajaan lainnya di alam Melayu. 
  Aceh sebuah daerah yang sejak dahulunya masih mengutamakan Islam. Mungkin ada 
ketikanya mereka juga turut teralpa...namun dalam pergolakan dalaman dan 
ancaman gerakan-gerakan pembebasan... Aceh terus mahu mandaulatkan syariat 
Islam. Siapa tahu generasi muda kini yang telah kematian ayah adan ibu adalah 
generasi yang bakal mewarnai Aceh dgn syariat Islam yang akan lagi sekali 
menempiaskan auranya ke sekitar nusantara bahkan ke seluruh dunia.... hanya 
Allah yang tahu. Oleh itu ayuh agar kita tidak ketinggalan menyumbang ke arah 
pembinaan negara Islam di Aceh


 
---------------------------------
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.

Kirim email ke