Nota: mesej kiriman lanjut dilampirkan.
Anda ber-Yahoo!?
Kini dengan simpanan sebanyak 1GB
http://my.mail.yahoo.com/
SPONSORED LINKS
Regional bgan | Regional truck driving jobs | Regional truck driving jobs |
Arizona regional multiple listing service | United regional health care system | Regional gift basket |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "iklan-mini" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--- Begin Message ---Kerosakan organ berkenaan boleh menghalang sistem sisa buangan dan air berlebihan dari tubuhWALAUPUN tidak tersenarai dalam senarai pembunuh utama, tetapi penyakit buah pinggang atau ginjal yang menyebabkan kegagalan organ itu berfungsi tetap boleh mengundang maut jika dikesan ketika pada peringkat kronik.
Ini kerana, kerosakan ginjal menyebabkan organ itu gagal untuk menyingkirkan sisa buangan dan air berlebihan dari tubuh, di mana pada tahap ini hanya rawatan penggantian buah pinggang boleh menyelamatkan nyawa pesakit.
Di Malaysia saja, dianggarkan lebih 2,400 kes kegagalan buah pinggang berfungsi dilaporkan berlaku setiap tahun.
Pakar Nefrologi, Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Dr Thiruventhiran, berkata kebanyakan pesakit hanya menyedari mereka mengalami kegagalan ginjal selepas mendapatkan rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi) dan diabetes (kencing manis).
Dr Thiruventhiran Thilaganathan berkata, dianggarkan sebanyak 10 hingga 15 peratus jumlah pesakit yang memerlukan rawatan dialisis dilaporkan setiap tahun.
Malah, beliau berkata, hipertensi adalah antara punca utama kegagalan ginjal di negara ini sementara satu pertiga daripada pesakit diabetes akan menghidap penyakit buah pinggang.
Punca kedua yang menyumbang kepada kerosakan buah pinggang di negara ini ialah penyakit Glomerulonefritis iaitu penyakit darah yang merosakkan bahagian ginjal yang menyaring darah, katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas taklimat ringkas Kempen Buah Pinggang Sihat di Pusat Perubatan Sunway, baru-baru ini. Hadir sama Pegawai Eksekutif SunMed, Dr Chong Su Lin dan Pakar Nefrologi SunMed, Dr Tan Wee Ming.
Justeru, beliau menasihatkan mereka yang mengalami tanda dan gejala seperti ketidakselesaan atau rasa membakar ketika membuang air kecil dan darah mengalir bersama air kencing melakukan pemeriksaan ginjal.
Mereka yang mengalami gejala seperti perubahan kekerapan membuang air kecil terutama waktu malam selain bengkak pergelangan kaki dan sakit belakang turut dinasihatkan berjumpa doktor segera.
Antara ujian yang boleh dilakukan ialah ujian darah dan air kencing, sinar X, biopsi jarum halus serta ujian lain bagi tekanan darah tinggi dan diabetes, katanya.
Sementara itu, Dr Tan berkata, orang ramai dinasihatkan minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari untuk mengekalkan buah pinggang sihat.
Walaupun hanya minum kurang satu liter air sehari, ginjal masih tetap berfungsi tetapi ia hanya akan menghasilkan air kencing pekat, katanya.
Keadaan itu, menurut Dr Tan, memberi kesan kurang baik terhadap buah pinggang kerana ia memproses hampir 200 liter darah untuk menyaring keluar 2 liter bahan buangan dan lebihan air.
Bahan buangan dan lebihan air itu akan menjadi air kencing yang mengalir keluar dari pundi melalui tiub ureter, katanya.Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--- End Message ---