Info Kesihatan : Memahami bengkak kelenjar

SETIAP ibu bapa pasti runsing apabila mendapati anak
mereka mendapat bengkak di bahagian kelenjar. Kelenjar
yang biasa bengkak ialah kelenjar limfa dan air liur
(saliva).

Masalah bengkak kelenjar ini boleh berlaku apabila ada
jangkitan, sama ada disebabkan virus atau bakteria
atau sebab lain yang akan dinyatakan di bawah. Ini
kerana kelenjar di seluruh badan kita adalah satu
organ yang fungsinya mempertahankan sistem badan
terhadap jangkitan penyakit.

Kelenjar ini berfungsi sebagai organ penapis terhadap
jangkitan penyakit. Jika kelenjar di anggota tertentu
membengkak, ini bermaksud kelenjar berkenaan sedang
`bertugas' menapis jangkitan yang menyerang bahagian
itu.

Kadangkala juga, seluruh kelenjar yang ada di badan
membengkak. Ini boleh terjadi apabila berlaku tindak
balas terhadap sesuatu ubat, contohnya ubat Dilantin
yang digunakan untuk penyakit epilepsi
(sawan) atau petanda berlakunya ketumbuhan atau barah
seperti leukemia dan lymphoma.

Kelenjar air liur yang terbesar terletak di antara
dagu dan telinga. 
Ia selalunya membengkak apabila terjadi jangkitan
beguk. Manakala kelenjar limfa di anggota tertentu
membengkak apabila ada jangkitan di kawasan berkenaan.

Contohnya, bengkak kelenjar limfa di leher selalunya
berkait dengan masalah tekak atau telinga. Bengkak
kelenjar di pangkal paha berkait dengan jangkitan di
kaki atau kemaluan.

Manakala bengkak kelenjar limfa di belakang telinga
mungkin berkait dengan jangkitan di kulit kepala,
Rubella, penyakit Kawasaki atau jangkitan Epstein-Barr
Virus (juga dikenali sebagai Infectious
Mononucleosis).

Jika bengkak kelenjar terjadi di seluruh anggota badan
dan diikuti bengkak pada bahagian hati dan limpa,
doktor akan melakukan pemeriksaan dan ujian
selanjutnya kerana dikhuatiri ia satu petanda masalah
barah seperti leukemia atau lymhoma.

Malah, penyakit tuberculosis (batuk kering) juga boleh
menyebabkan bengkak kelenjar limfa yang terjadi di
sebahagian besar anggota badan pesakit.

Jika kelenjar limfa pada anggota tertentu membengkak,
doktor akan melakukan pemantauan terhadap saiz dan
keadaan kelenjar berkenaan dari semasa ke semasa.

Kelenjar limfa yang membengkak boleh terjadi hanya
pada satu kelenjar atau sekumpulan kelenjar limfa pada
bahagian anggota tertentu. 

Kebanyakan bengkak kelenjar disebabkan inflamasi
daripada jangkitan virus dan ini tidak memerlukan
rawatan khusus.

Bengkak kelenjar limfa disyaki disebabkan jangkitan
bakteria (dengan tanda kemerahan dan sakit apabila di
sentuh. Nufera dapat membantu mengurangkan bengkak
kelenjar yang disebabkan oleh virus atau bakteria. Ini
kerana minyak kelapa Dara Nufera bersifat anti virus &
anti bakteria.

Minyak NUFERA http://nufera-vco.2ya.com



                
__________________________________ 
Discover Yahoo! 
Find restaurants, movies, travel and more fun for the weekend. Check it out! 
http://discover.yahoo.com/weekend.html 



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke