Reminder from: iklan-mini Yahoo! Group http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/cal
SUSAH HENDAK MENGANDUNG??? Jangan riasau. Ada caranya. Sunday September 5, 2010 All Day (This event repeats every day.) Notes: Berat berlebihan antara punca kegagalan pengeluaran telur SAYA berumur 23 tahun dan sudah dua tahun berumah tangga tetapi belum mempunyai cahaya mata. Berat badan saya 85 kilogram (kg) dan masalahnya, apabila bersama suami, saya tidak berasa pancutannya ke dalam rahim saya. Adakah ia menyebabkan saya tidak dapat hamil? Adakah masalah berat badan saya juga menjadi salah satu punca sukar hamil? NIE Wakaf Tapai, Kuala Terengganu. RAMAI yang mempunyai fahaman tidak tepat mengenai pancutan air mani ke dalam faraj sewaktu hubungan seks. Diharap penjelasan di bawah dapat menjawab pertanyaan anda. Pertama, faraj (vagina), pintu rahim (serviks) dan rahim (uterus) tidak mempunyai saraf deria sentuhan seperti kulit permukaan tubuh kita. Ini bermakna, pancutan air mani (ejakulasi) ke dalam faraj tidak dapat dirasai seperti pancutan air mani ke permukaan badan. Bagaimanapun, sewaktu ejakulasi terbabit, berlaku pengecutan otot zakar yang boleh dirasai seperti denyutan berulang-kali. Asalkan berlaku ejakulasi ke dalam faraj, ini bermakna air mani berjaya dimasukkan ke dalam faraj, ini sudah mencukupi, tidak perlu dimasukkan ke dalam rahim. Yang lebih penting adalah sperma yang terkandung di dalam air mani terbabit berjaya berenang memasuki pintu rahim menuju ke dalam ruang rahim sebelum terus ke kedua-dua belah tiub falopio untuk mensenyawakan telur (jika ada). Setelah ereksi zakar berhenti atau zakar dikeluarkan dari faraj, sekeliling dinding faraj yang tidak mempunyai struktur kukuh ini menjadi bertaup semula menyebabkan air mani juga turut tumpah keluar semula. Banyaknya air mani tidak bermakna jika bilangan serta mutu sperma di dalamnya kurang atau tiada langsung. Masalah air mani keluar semula dari faraj adalah perkara biasa yang dialami oleh semua wanita, kecuali mungkin jika air mani yang dihasilkan sangat sedikit isi padunya. Air mani tidak terus masuk ke dalam rahim, sperma juga tidak terus berenang ke dalam rahim selepas berlakunya ejakulasi. J All Rights Reserved Copyright © 2010 Yahoo! Inc. http://www.yahoo.com Privacy Policy: http://privacy.yahoo.com/privacy/us Terms of Service: http://docs.yahoo.com/info/terms/