Bahagian 1 : Penilaian Hukum Syariah Bagi Pelan Pemasaran Stormreaders Network Sdn Bhd
1. Apakah barang yang menjadi teras bisnes dan jualan? Jawabnya ia adalah kumpulan buku-buku agama dan media terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Justeru tiada keraguan pada "subject matter" dalam skim Stormreaders Network Sdn Bhd. ... 2. Menjadi Ahli Keahlian Stormreaders Network boleh dimiliki dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM90 untuk: - Kit Permulaan Perniagaan = RM30 - Kad keahlian Stormreaders = RM30 (tahunan) Insuran Takaful RM20,000 Khairat Kematian RM3,000 - Kemudahan e-Store & Sistem e-Net = RM30 (tahunan) Maka: setelah semakan, beberapa aqad telah digunakan iaitu: 1. Wakalah Muqayyadah: Iaitu pihak peserta mewakilkan sebahagian wangnya untuk menyertai skim takaful dan juga skim khairat kematian. 2. Ijarah (Sewa): e-Store & Sistem e-Net adalah sebuah kedai maya dan sistem maklumat pengurusan rangkaian yang disewakan kepada peserta dengan nilai tertentu pada setiap tahun. Dikenakan pada nilai RM30 setiap tahun. Ahli bebas sama ada untuk meneruskan sewaan atau tidak (memperbaharui keahliannya). 3. Bai al-Mutlaq: Iaitu jual beli biasa, apabila pihak peserta membeli Kit Permulaan Perniagaan. Justeru, sepanjang semakan saya, tiada unsur pinjaman duit, atau serahan duit tanpa timbal balas aset. Semua wang yang diserahkan dalam yuran awal mempunyai aqad tersendiri di dalam Islam dan semua aqad tersebut adalah harus dan halal. Menggabungkan pelbagai aqad tersebut dalam satu borang juga diizinkan kerana semua aqad berdiri dengan sendirinya (Mustaqil) tanpa bertentangan di antara satu sama lain. Dalam kata lain ia bukan "Uqud Mutanaqidhah Wa Mutanafiah” yang tidak boleh digabung jalinkan. Di peringkat ini, ahli boleh menjana pendapatan dari: 2.1. 20% Komisyen Jualan e-store peribadi Syariah: Wakalah Bil Ujr (wakil dengan upah): Oleh kerana barangan di dalam e-store adalah bukan milik ahli, tetapi milik syarikat yang diniagakan oleh ahli di dalam ‘online store’nya. Ini bermakna hubungan di antara ahli dan syarikat dalam konteks ini adalah ‘WAKALAH BIL UJR’ Aqad ini juga termeterai iaitu apabila setiap penjualan yang dibuat melalui e-store peserta, pihak syarikat akan memberikan komisyen sebanyak 20% dari semua harga terkumpul jualan. Ia juga halal dan harus serta menepati syarat-syarat dalam aqad Wakalah Bil Ujr iaitu wakil maklum akan jumlah komisyen yang ditawarkan syarikat. 2.2. 5% Bonus Jualan e-Store Global (GOSV) - Perkongsian daripada 5% jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network dengan jumlah perkongsiannya mengikut tahap pencapaian jualan e-Store peribadi. Syariah: Pendapatan ini halal, ia didasari oleh aqad Hibah, iaitu hadiah dari sebelah pihak iaitu syarikat sebagai insentif galakan bagi ahli mereka. Sekiranya ingin mendapat lebih info mengenai 'Penilaian Hukum Syariah Bagi Pelan Pemasaran Stormreaders Network Sdn Bhd' atau pendaftaran ahli sila klik pada blog saya: http://stormreaderserabarumlm.blogspot.com/