*Tiada denda penumpang keempat kenderaan<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php> *
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat mendenda penumpang keempat di tempat duduk belakang kenderaan persendirian yang gagal mematuhi arahan memakai tali pinggang keledar, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Kerja Raya (JKJR), Datuk Suret Singh. Katanya timbul kekeliruan di kalangan orang awam terhadap laporan tindakan saman terhadap penumpang yang gagal mematuhi arahan memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang. "Tindakan berkenaan tidak pernah dikuatkuasakan sebelum ini dan tidak akan dikuatkuasakan kerana ia hanya akan membebankan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Advokasi di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, di sini, hari ini.Suret berkata kajian Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia mendapati hanya terdapat antara lima ke sembilan peratus sahaja pemandu kenderaan di seluruh negara membawa penumpang melebihi tiga orang di tempat duduk belakang. Katanya, pemakaian tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang kenderaan persendirian akan diwajibkan pada 1 Januari depan. Tiga syarikat pengeluar jenama Proton, Honda dan Perodua akan memberikan perkhidmatan pemasangan tali pinggang keledar belakang secara percuma bagi kenderaan jenama masing-masing, kata Suret. Pengecualian pemakaian tali pinggang belakang hanya diberikan kepada kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995. Pemilik kenderaan boleh mendapat maklumat lanjut pemasangan tali pinggang keledar dengan menghubungi pengedar kenderaan masing-masing. — Bernama *Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php> *