*Diet pesakit diabetes* SEMUA orang tahu tentang diabetes. Ia bukanlah satu penyakit asing. Dengan jumlah pesakit yang kini dirujuk sebagai endemik di seluruh dunia, diabetes sudah dianggap satu penyakit biasa dalam kehidupan moden hari ini.
Walaupun didiagnos menghidap diabetes, ramai pesakit yang mengabaikan diet dan nutrisi harian mereka. Keadaan itu memburukkan lagi tahap kesihatan pesakit dan mendorong kepada pelbagai penyakit 'pakej' lain. "Pesakit sebenarnya perlu memantau dan menjaga makanan yang mereka ambil jauh lebih teliti berbanding orang lain," ujar perunding diabetes di sebuah pusat kesihatan, Indra Balaratnam. Katanya, darah pesakit diabetes mengandungi tahap glukosa yang tinggi disebabkan oleh sistem tubuh mereka yang tidak bertindak secara normal. Sehubungan itu, tubuh mereka tidak dapat memproses glukosa dengan efisien. Lantaran itu adalah sangat penting bagi pesakit kencing manis menilai semula diet harian mereka untuk mencapai keseimbangan insulin dan glukosa. Diet yang sihat adalah memastikan menu harian anda terdiri daripada lima kumpulan makanan iaitu karbohidrat kompleks, buah-buahan, sayuran, daging dan susu. "Saiz hidangan bagi setiap kumpulan makanan ini sangat penting kerana ia membantu mendapatkan keseimbangan karbohidrat yang diambil," katanya. Jadi untuk mengukur saiz hidangan yang betul, anda perlu mempunyai satu set peralatan mengukur seperti peralatan mengukur membuat kek yang anda boleh peroleh di pasar raya. Selain itu, pesakit diabetes juga seharusnya mempunyai jadual makan yang teratur dan tetap bagi membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih efesien. *Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php> *