*DIET MENGEJUT MEMBAHAYAKAN* PENGKAJI dari Universiti Glasgow, Britain mendapati makan dalam amaun yang banyak pada satu masa dan diet secara mengejut boleh memendekkan jangka hayat.
Kajian ke atas ikan stickleback ini menunjukkan ikan yang diberi makan yang banyak dalam satu masa berkurang jangka hayatnya sehingga 25 peratus. Mereka percaya penemuan daripada kajian yang membandingkan kadar pertumbuhan, kejayaan menghasilkan telur dan jangka hayat ini mempunyai implikasi signifikan ke atas remaja dan kanak-kanak yang mengikuti corak diet yang ekstrem seperti itu kerana kedua-dua kelompok ini masih dalam proses tumbesaran. Pertumbuhan yang tidak sekata berikutan penurunan jumlah ambilan makanan dalam sehari, menjadi punca meningkatnya risiko kematian mengejut. Profesor Neil Metcalfe berkata: "Ikan-ikan yang mendapat makanan yang berkurangan menunjukkan usaha yang sama banyak untuk membiak sebagaimana sebelum itu. "Namun, jangka hayat mereka hanyalah tiga perempat daripada ikan lain yang mendapat amaun makanan yang sama setiap hari." *Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php> *