*Cara pemakanan cegah penyakit <http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>*
MASYARAKAT Malaysia mempunyai pelbagai tabiat pemakanan yang - baik golongan kanak-kanak atau dewasa. Salah satu tabiat pemakanan yang kurang sihat tentunya mengambil santapan berat pada waktu tengah malam. Melalui bengkel yang dianjurkan oleh Nestle di The Saujana Kuala Lumpur, peserta bukan sahaja mendapat maklumat mengenai cara pemakanan sihat malah pengambilan nutrisi harian yang betul. Bengkel yang dianjurkan ini bertujuan untuk memberi informasi mengenai isu kesihatan dan tabiat pemakanan rakyat Malaysia, di samping berdiskusi mengenai apa yang dimakan anak-anak di sekolah. Menurut Pengurus Besar Mindshare Malaysia, Ng Tze Lian ada banyak tabiat dan cara pengambilan makanan rakyat Malaysia. Antaranya termasuklah makanan kesihatan, makanan terbaru, cara makan berhemah, mesra alam dan makan mengikut teknik. "Makanan kesihatan yang dimaksudkan adalah lebih kepada kandungan garam, gula dan bahan perasa yang diambil dalam kuantiti yang sedikit. Makanan organik juga merupakan salah satu makanan yang mendapat perhatian sekarang ini," katanya. Sementara itu, Pakar Perubatan kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia Dr. Feisul Idzwan Mustapha berkata, penyakit yang tidak berjangkit boleh dikawal dan dicegah. Penyakit kronik yang tidak berjangkit (*Non-Communicable Disease) *ini ada berhubung kait dengan pengambilan makanan yang diambil. Kajian yang dijalankan oleh kajian Mobiliti kesihatan Nasional pada tahun 2006 menunjukkan, golongan yang sedar akan kewujudan penyakit diabetes di Malaysia ini cuma 14.9 peratus. "Jumlah ini terlalu sedikit jika dibandingkan kadar peningkatan diabetes setiap tahun. "Sejak tahun 2006 hingga 2008 jumlah mereka yang menghidap diabetes adalah 1.5 juta orang. Mereka yang terlibat berumur 18 tahun ke atas," katanya. *Baca lain-lain artikel - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php> *