*Duit dalam akaun lesap <http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>*
KOTA TINGGI - Seorang kontraktor yang ingin membayar gaji pekerjanya terkejut apabila wang di dalam akuan banknya di sini telah dikeluarkan di luar pengetahuannya. Jumlah yang hilang ialah RM15,020 melalui tiga transaksi yang diakui bank tersebut iaitu RM5,000 melalui ATM di Kuala Lumpur dan dua transaksi pindahan wang ke Indonesia melalui internet masing-masing berjumlah RM5,010 setiap satu. "Ketiga-tiga transaksi berlaku dari pukul 8.15 pagi hingga 9.30 pagi 3 Jun lalu," kata Abdul Razak Tariman, 34, dari Felda Bukit Aping, Kota Tinggi semalam. Menurutnya, sebelum itu, dia telah memasuk cek berjumlah RM34,600 ke dalam akaun simpanannya itu. "Saya terkejut apabila ingin mengeluarkan wang tersebut, pihak bank memberitahu baki akaun simpanan tidak mencukupi. "Jumlah yang ingin dikeluarkan adalah RM23,000 dan baki dalam akaun adalah kurang daripada jumlah tersebut," katanya. Abdul Razak berkata, pihak bank menyatakan bahawa dia pernah membuat tiga transaksi pengeluaran yang semuanya berjumlah RM15,020. Transaksi itu, katanya, dibuat sekitar pukul 8.15 hingga 9.30 pagi iaitu sebanyak RM5,000 melalui ATM di Kuala Lumpur dan dua berupa pindahan wang ke Indonesia melalui internet berjumlah RM5,010 setiap satu. . *Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php> *