*Petrol saja akan turun <http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>*

JOHOR BAHRU – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk
Shahrir Abdul Samad berkata, pengurangan harga minyak akan dilaksanakan
sebelum Hari Raya Haji dan kali ini ia dijangka hanya melibatkan petrol
sahaja.

Penurunan harga petrol itu, katanya tidak akan melebihi 15 sen.

"Kita sekarang berdepan dengan keadaan luar biasa di mana harga diesel di
pasaran dunia adalah lebih tinggi daripada petrol dan sebab itu kerajaan
masih memberi subsidi RM1.43 untuk harga diesel," katanya ketika ditemui
pemberita selepas menyempurnakan penutupan Seminar Pembangunan Perniagaan
Bagi Peniaga dan Usahawan Kecil di sini semalam.

Dengan penurunan itu harga minyak petrol RON97 dijangka turun daripada RM2
kepada RM1.85 seliter manakala RON92 daripada RM1.90 kepada RM1.75 seliter.

Pada 17 November lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2
seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada
RM1.90 seliter.
*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*

Kirim email ke