*Tragedi beli-belah <http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>*
NEW YORK - Polis Amerika Syarikat (AS) meneliti pita rakaman video satu kejadian rempuhan sekumpulan pembeli-belah di pinggir New York di mana seorang pekerja sebuah pasar raya Wal-Mart terbunuh. Pihak polis dan Wal-Mart Stores Inc. memberitahu bahawa tiada maklumat terkini berhubung kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu di Valley Stream, New York. Saksi dan polis berkata, pekerja sementara tersebut, Jdimytai Damour dirempuh seramai 2,000 orang yang menyerbu masuk ke kedai itu sejurus ia dibuka pada pukul 5 pagi waktu tempatan. Beberapa pekerja juga terjatuh selepas cuba menyelamatkan Damour dan pelanggan yang ghairah masih terus membeli-belah kerana barangan dijual pada kadar potongan harga tinggi walaupun pihak pengurusan mengumumkan bahawa kedai itu telah ditutup. Seramai empat mangsa termasuk seorang wanita hamil dibawa ke sebuah hospital untuk menjalani rawatan kerana cedera ringan. Pihak pengurusan kedai itu berkata, pihaknya menambah bilangan pekerja dan meletakan sejumlah pengawal keselamatan serta halangan di luar untuk mengelak berlakunya rempuhan. Bagaimanapun, seorang jurucakap polis, Michael Fleming berkata, kawalan keselamatan tidak mencukupi kerana keadaan sangat sesak dan video pengawasan penting sebagai bukti. - AP *Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php> *