*Dibelasah penjual telefon bimbit kerana
RM10<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*


KUALA LUMPUR - Sekumpulan penjual telefon bimbit di sebuah pusat
membeli-belah terkenal di ibu negara bertindak ala samseng apabila
membelasah seorang pelanggannya hingga cedera kerana salah faham baru-baru
ini.

Bukan itu sahaja, kejadian pukul 12.40 tengah hari itu juga turut
mengakibatkan mangsa, Mohamad Nor Md. Akir, 49, mendapat malu apabila
disorak dengan perkataan 'boo' oleh seramai 10 rakan pemilik premis tersebut
yang melihat pertengkaran itu.

Bagaimanapun, Mohamad Nor bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan
parah apabila pergaduhan itu dapat dileraikan oleh orang ramai yang lalu
lalang di situ dan pengawal keselamatan premis tersebut.

Menceritakan semula mengenai kejadian selama 30 saat itu, Mohamad Nor
memberitahu, kedatangannya ke premis tersebut ialah untuk menukar alat
pengecas telefon.

Malangnya, kedatangannya telah disalahertikan oleh pemilik kedai terbabit.

"Sehari sebelum itu, saya pergi ke kedai tersebut untuk membeli alat itu
dengan harga RM10 tanpa disertakan resit pembelian kerana saya ingin cepat
dan dia pun tidak menawarkan kepada saya.

"Apabila sampai rumah, saya cuba mengecas telefon bimbit saya tetapi ia
tidak padan kerana pengecas yang diberi bersaiz kecil dan tidak sepadan
dengan telefon bimbit saya,'' katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, keesokan harinya, dia datang semula ke kedai tersebut untuk
menukarnya tetapi pemilik kedai itu bukan sahaja enggan menerimanya kerana
tidak mempunyai resit malah bercakap dengan nada kuat, kasar dan kesat.
*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*

Kirim email ke