*Antioksida perlahan proses penuaan<http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=16> *
Zarah radikal bebas dimasukkan ke tubuh kita apabila kita menghirup oksigen yang pada masa sama melalui perubahan kimia, seperti pencemaran, asap rokok dan sebagainya. Ia mampu memberikan kesan negatif seperti mendatangkan pelbagai penyakit. Berita baik, wujudnya pemusnah bagi zarah radikal bebas. Zarah radikal bebas yang sangat tidak stabil akan terjadi ketika proses pengoksidaan, apabila ia memasuki tubuh kita, ia akan menukarkan lemak dan lipid dalam badan kepada bahan yang boleh merosakkan sel sihat yang menyebabkan anda uzur dan tua. Oleh yang demikian cara terbaik melawan zarah radikal bebas itu adalah dengan mengawal proses pengoksidaan itu sendiri. Antioksida adalah penawar semula jadi kepada ancaman itu yang banyak diperkatakan. Sebenarnya ia adalah bahan yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas pemusnah itu, yang akan memperkukuhkan ketahanan sel anda. Bahan hebat itu membantu merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang dirosakkan zarah radikal bebas itu. *Baca artikel penuh - KLIK DISINI*<http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=16>