Tiga sindiket tipu kad kredit tumpas<http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=15> KUALA LUMPUR 27 Nov. – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berjaya menumpaskan tiga sindiket penipuan kad kredit di beberapa negeri dengan tertangkapnya 14 orang termasuk lima wanita, baru-baru ini.
Pengarahnya, Datuk Koh Hong Sun berkata, sindiket pertama melibatkan penahanan empat juruwang wanita di Subang Jaya, Selangor dan Miri, Sarawak sementara empat lagi suspek, termasuk seorang wanita diburu polis. Identiti empat lagi suspek yang dikehendaki polis ialah Visrafel Bijuri, 31, dan isteri, Sabariah Abas, 27, serta dua beradik Visrafel, Faizal Bijani, 34 dan Farihan Hatmi, 28. Menurut beliau, modus operandi sindiket itu ialah mengupah juruwang untuk mencuri maklumat-maklumat kad kredit pemilik menerusi draf jualan ketika transaksi pembayaran di lokasi seperti hotel dan restoran. "Maklumat yang didapati itu kemudiannya serta-merta digunakan untuk pembelian secara dalam talian (online) di Internet seperti tempahan hotel dan tiket penerbangan ke luar negara," katanya pada sidang akhbar di pejabat JSJK di Bukit Perdana di sini hari ini. Hong Sun memberitahu, siasatan mendapati sebanyak 22 bank dan tujuh syarikat penerbangan mengalami kerugian dianggarkan ratusan ribu ringgit akibat kegiatan sindiket tersebut. *Baca lain-lain artikel - KLIK DISINI*<http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=15>