*10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun<http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=13> *
Ramai mahu berhenti merokok gagal melakukannya ROKOK memang diketahui penyebab kepada pelbagai komplikasi kesihatan. Namun, ancaman penyakit 'gagal' menakutkan perokok supaya berhenti merokok. Secara saintifiknya, apabila perokok menyedut asap daripada rokok, nikotin sampai ke otak dalam tempoh beberapa saat dan melekat pada reseptor nikotin dalam otak. Ia kemudian mengaktifkan laluan ke litar otak, sekali gus menstimulasi rasa seronok di tengah otak. Bagaimanapun, kesan keseronokan itu hanya seketika menyebabkan perokok bergantung kepada nikotin dan menjadi terbiasa dengan satu tahap nikotin dalam sistem tubuh. Jika tahap nikotin itu merosot, perokok akan berasa sangat sengsara dan gelisah. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perokok tahu mengenai risiko kesihatan yang dikaitkan dengan tabiat merokok. Malah, dalam kajian WHO, ramai perokok mahu berhenti merokok, tetapi kebanyakan mereka kembali merokok kerana ketagih pada nikotin. *Baca artikel penuh - KLIK DISINI*<http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=13>