*Api misteri dalam rumah <http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>*

BANDAR BAHARU: "Saya kini dalam kebingungan dan sudah berusaha beberapa kali
selain menemui ramai pengamal perubatan tradisional kerana tidak tahu punca
sebenarnya berlaku pelbagai kejadian misteri di dalam rumah.

"Sejak setahun lalu, muncul api misteri tiba-tiba terbakar di dalam rumah
dan pelbagai kejadian aneh lain seperti kehilangan wang tunai, telefon
bimbit yang sukar digambarkan kami sekeluarga," kata Mohd Sidek Hamid, 48,
dari Kampung Cherok Meranti, Bandar Baharu, dekat sini.

Menurutnya, kejadian paling merisaukan ialah api misteri di rumahnya dengan
kejadian terbaru berlaku kelmarin apabila tujuh kejadian kebakaran dalam
masa satu hari.

Katanya, mereka kebingungan kerana kebakaran itu berlaku tanpa sebarang
punca sama ada disebabkan perbuatan seseorang mencucuh api ataupun akibat
masalah elektrik.

"Dalam kejadian kelmarin, kebakaran berlaku di dalam bilik, ruang tamu dan
paling pelik pada tuala basah dijemur di ampaian.

"Ia berlaku secara tiba-tiba sejak tengah hari sehingga jam 6 petang dan
saya sendiri tidak pernah melihat kejadian aneh ini kerana setiap kali
berlaku saya keluar bekerja," katanya ketika ditemui dekat sini kelmarin.

Bagaimanapun, kejadian kelmarin itu sempat dirakam anaknya menerusi telefon
bimbitnya.

Mohd Sidek berkata, kebakaran pada tuala basah yang dijemur jelas dilihat
apabila kelihatan satu tompok hitam pada tuala itu seolah-olah seseorang
sedang menyuluh tuala itu menggunakan kanta pembesar dengan cahaya matahari.

"Secara tiba-tiba asap muncul pada tuala ini sebelum kelihatan tompok hitam
itu seakan terbakar dan ini bukannya kejadian aneh pertama tetapi sudah
berlaku sejak sejak setahun lalu.

Katanya, mereka sekeluarga juga pernah 'dikurung' didalam rumah itu apabila
pintu dan jeriji besi dikunci, manakala kuncinya tiba-tiba hilang selain
terdengar bunyi kunci di atas bumbung tetapi mujur kerana kami sempat
menghubungi penduduk kampung meminta bantuan.

Katanya, sejak beberapa tahun lalu sudah hampir RM10,000 wang tunainya
hilang dan mereka sekeluarga bimbang meninggalkan rumah kerana jika berlaku
kebakaran tiada sesiapa yang dapat memadamkannya.

"Saya berharap sesiapa sahaja atau mana-mana pengamal perubatan tradisional
yang dapat membantu kami untuk menyelesaikan masalah kejadian misteri ini,"
katanya.

*Baca lain-lain artikel - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*

Kirim email ke