*Bapa hanyut bersama bilik air <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

GOMBAK: Menyayat hati apabila seorang anak hanya mampu menjerit memberi
amaran sebelum bilik air yang dimasuki bapanya untuk mandi di tebing sungai
belakang rumah runtuh sebelum dihanyut arus deras.

Dalam kejadian di Batu 11 di sini, jam 5.30 petang semalam, mangsa, Zadain
Zainal, 42, tidak sempat menyelamatkan diri apabila bilik air itu tiba-tiba
runtuh dipercayai ditolak arus deras sungai selepas hujan lebat sejak tengah
hari.

Anak mangsa, Nur Khaledah, 14, yang ditemui di rumahnya, malam tadi, berkata
ketika kejadian, dia berada di asrama Pondok Penyayang Raudhah di seberang
sungai bertentangan rumahnya.

Menurutnya, dia melihat dari jauh ibu dan bapanya di bahagian belakang rumah
sebelum menjerit memberitahu bapa supaya tidak menggunakan tandas kerana
ternampak tiang kayu bilik air itu bergegar.

"Selepas jeritan amaran tidak diendah bapa kerana tidak didengarinya, saya
berlari pulang untuk memberitahu supaya jangan menggunakan bilik air.

"Namun, sebaik tiba di rumah, bilik air itu sudah runtuh dan bapa yang
berada di dalamnya turut dihanyutkan arus deras," katanya.

Dia juga melihat neneknya menarik tangan ibu yang menangis apabila melihat
kejadian berkenaan yang berlaku dengan pantas.

"Saya lihat ibu meraung kesedihan dan memanggil ayah yang ketika itu lesap
dihanyutkan arus sungai.

"Keadaan agak kelam-kabut dan ibu panik sehingga dia hampir pengsan,"
katanya yang menitis air mata mengenangkan nasihat bapanya supaya rajin
belajar dua jam sebelum kejadian.

Mangsa yang bekerja sebagai tukang rumah mempunyai dua lagi anak iaitu
Khaidir, 17, dan Nurul Atikah, 11.

Sementara itu, isteri mangsa, Jasri Aip, 42, berkata ketika kejadian, dia
berada di ruang tamu sebelum terdengar bunyi aneh dari arah dapur rumahnya.

"Saya terdengar bunyi 'tik' berulang kali tanpa menyangka ia bunyi awal
malapetaka berkenaan. Saya kemudian melihat punca bunyi aneh itu di dapur.

"Saya terkejut apabila mendapati bahagian bilik air yang bersambung dengan
dapur rumah lesap sekelip mata," katanya.

Difahamkan, bahagian bilik air itu pernah runtuh dua kali sebelum ini
termasuk kali terakhir pada tahun lalu, namun tidak mencederakan sesiapa.

Sementara itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang
dibantu 25 anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Wilayah Persekutuan tiba
di lokasi kejadian sekitar jam 6 petang selepas menerima panggilan
kecemasan.

Operasi mencari dan menyelamat bermula dari lokasi runtuhan itu, tetapi
sehingga lewat malam tadi, mangsa belum ditemui.

* ........................................MESTI
BACA....................................*
*TERBONGKAR !!! Apa kata mereka - KLIK
DISINI<http://www.biovco.com/testimoni-01at.php?ref=mdjj>
*

Kirim email ke