*MSG berisiko tinggi tambah berat badan <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Golongan yang menggunakan monosodium glutamate atau MSG sebagai penambah
perisa dalam makanan mereka lebih berisiko tinggi berdepan masalah berat
badan berlebihan atau obes berbanding mereka yang tidak mengambilnya
walaupun melakukan aktiviti fizikal dan pengambilan kalori sama.

Penyelidik di Universiti Carolina Utara dan di China mengkaji lebih 750
lelaki dan wanita Cina, berusia antara 40 dan 59 tahun, di tiga kampung
terpencil di utara dan selatan negara itu. Majoriti peserta kajian
menyediakan masakan di rumah tanpa makanan yang diproses secara komersial.

Kira-kira 82 peratus peserta menggunakan MSG dalam
*makanan*<http://www.biovco.com/?ref=yg>mereka. Peserta yang
menggunakan bahan itu dibahagikan kepada tiga kumpulan,
berdasarkan jumlah MSG yang diambil.

Kumpulan ketiga yang menggunakan paling banyak MSG berisiko hampir tiga kali
ganda memiliki berat badan berlebihan berbanding kumpulan yang tidak
mengambil bahan itu.

"Kajian ke atas haiwan sudah lama menunjukkan bahawa MSG mungkin berkaitan
dengan pertambahan berat badan. Kajian kami adalah yang pertama menunjukkan
kaitan antara penggunaan MSG dan berat badan pada manusia," kata Profesor
Pemakanan <http://www.biovco.com/?ref=yg> dan Epidemiologi di Jabatan
Kesihatan Awam Universiti Carolina Utara, Ka He.

Disebabkan MSG digunakan sebagai penambah perisa dalam kebanyakannya makanan
yang diproses, mengkaji kesannya ke atas manusia sukar dilakukan. Beliau dan
pasukannya memilih mengkaji peserta yang tinggal di pedalaman China kerana
mereka tidak banyak menggunakan makanan diproses secara komersial tetapi
kerap menggunakan MSG dalam penyediaan makanan<http://www.biovco.com/?ref=yg>.


"Kami mendapati kelaziman berat badan berlebihan lebih tinggi di kalangan
pengguna MSG berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Kami melihat risiko
ini walaupun mengawal aktiviti fizikal, pengambilan kalori dan kemungkinan
penjelasan lain bagi jisim tubuh berbeza.

"Kaitan positif antara pengambilan MSG dan berat badan berlebihan konsisten
dengan data kajian ke atas haiwan," kata He.

Ketika peratusan penduduk memiliki berat badan berlebihan dan obes di
seluruh dunia semakin meningkat, He berkata, petunjuk punca fenomena itu
mungkin lebih penting.
*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Kirim email ke