*Elak makanan tercemar <http://www.biovco.com/?ref=yg>*
*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

MASIH ramai di antara kita mengambil mudah soal pengurusan makanan. Jika
difikirkan semula, maklumat tentang pengendalian makanan yang bersih dan
bebas dari pencemaran tidak banyak diambil berat oleh pengguna, lebih-lebih
lagi bagi golongan yang terlibat secara langsung dalam tugas penyediaan
makanan.

Sama ada chef yang bekerja di restoran dan hotel, atau suri rumah yang
memasak untuk ahli keluarga, tanggungjawab mereka tetap sama.

Mereka perlu memastikan makanan yang bakal mereka hidangkan itu bukan sahaja
menyelerakan, malah bebas dari bakteria dan bahan cemar yang boleh
mengakibatkan keracunan makanan.

Ruang kerja mereka iaitu dapur juga berisiko untuk menjadi kawasan perebakan
bakteria jika aspek kebersihan dan tertib pengendalian bahan mentah tidak
dijaga dengan baik.
Walaupun menurut banyak kajian, dapur kekal menjadi habitat paling ideal
untuk pembiakan ribuan bakteria <http://www.biovco.com/?ref=yg>, namun itu
bukan bermakna usaha menghindarkan faktor pembiakan itu perlu dipandang
ringan.

Sumber makanan, baik yang sudah dituai atau disembelih sentiasa terdedah
pada risiko pembiakan bakteria berbahaya. Begitu juga apabila bahan makanan
itu disimpan di dalam peti sejuk, dikeluarkan untuk dimasak, hinggalah ke
saat ia hendak dihidangkan ke meja makan.

Pencemaran yang dimaksudkan merujuk kepada pemindahan bakteria yang
datangnya dari papan pemotong, perkakasan memasak dan juga jenis makanan
yang berbeza apabila ia tidak dikendalikan dengan betul.

Salah satu kelengkapan di dapur yang bertindak sebagai agen penyebaran
bakteria <http://www.biovco.com/?ref=yg> adalah 'kain buruk' yang sering
digunakan untuk mengelap permukaan kaunter dapur.

Kain yang sering digunakan berkali-kali sebelum dibasuh itu juga menjadi
rumah untuk pelbagai jenis bakteria.
*Antara langkah lain yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini adalah
dengan: <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

*** Sering mencuci papan pemotong, pinggan mangkuk dan perkakasan seperti
garpu dan sudu dengan air panas dan bersabun selepas ia digunakan untuk
memotong daging mentah, produk ayam dan juga makanan laut.

*** Amalkan mencuci tangan dengan sabun dan air hangat yang bersih
sekurang-kurangnya selama 20 saat selepas setiap kali memegang bahan makanan
mentah, keluar dari tandas, memegang haiwan peliharaan, atau menukar lampin
anak.

*** Gunakan papan pemotong yang berlainan untuk memotong barangan segar
(sayur dan buah) dengan makanan lain (daging, ayam dan makanan laut).

*** Asingkan daging mentah, ayam dan makanan laut daripada makanan lain
dalam troli beli-belah. Letakkan makanan ini dalam beg plastik bagi
mengelakkan airnya menitik dan terkena makanan lain. Pengasingan juga
penting ketika membungkus di kaunter bayaran.

*** Gunakan tuala kertas atau kain lap bersama sabun dan air hangat untuk
membersihkan permukaan kaunter dapur. Bagi penyelesaian pembersihan dapur
dan perkakasan berkaitan, campurkan satu sudu makan cecair peluntur klorin
dengan satu gelen air bersih.

*** Amalkan memerap makanan dalam peti sejuk, dan bukannya atas kaunter
dapur. Sos yang dikhaskan untuk memerap daging mentah, ayam atau makanan
laut tidak boleh digunakan pada makanan yang telah dimasak, melainkan ia
sudah dididih terlebih dahulu.

*** Apabila menghidang makanan, gunakan pinggan yang bersih. Jangan sesekali
meletakkan makanan yang baru dimasak ke pinggan yang telah digunakan,
ataupun ke atas papan pemotong yang telah bersentuhan dengan daging mentah.
*** Simpan baki makanan ke dalam ruangan sejuk beku peti sejuk dalam tempoh
selewat-lewatnya dua jam setelah ia terdedah. Gunakan bekas makanan yang
bersih dan bertutup.

*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Kirim email ke