*Ekzema atopik jejas emosi <http://www.biovco.com/?ref=yg>*
*RAWATAN & SIHAT TANPA UBAT - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

PENYAKIT kulit mungkin dianggap tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Namun,
kehadirannya tetap meresahkan dan membuat berasa tidak selesa sehingga
kadang kala menjejaskan emosi.

Situasi ini kerap dialami oleh penghidap ekzema atopik atau dermatitis
atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga
menyebabkan rasa sakit dan resah.

Penyakit kulit ini boleh menjangkiti sesiapa saja, namun lebih kerap berlaku
pada kanak-kanak. Bahkan, mengikut statistik oleh Persatuan Dematologi
Malaysia (PDM), lebih 15 hingga 20 peratus kanak-kanak sekolah mengalami
ekzema atopik berbanding dua hingga 10 orang dewasa.

Kajian terbaru juga menunjukkan kadar jangkitan ekzema atopik telah
bertambah sejak tiga dekad terakhir ini.

Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses
berterusan sehingga mereka dewasa. Selain kesan kesakitan, penyakit ini juga
boleh memberi tekanan emosional dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas
pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.

Presiden PDM, Dr. Allan Yee berkata, secara umumnya, ekzema atopik satu
bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada sistem kekebalan
tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kepada kerosakan
kulit.

Ia adalah suatu keadaan di mana kulit pesakit khususnya kanak-kanak menjadi
gatal dan kering.

Malangnya kata beliau, apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal, mereka
akan menggaru dan ini merosakkan kulit dan mencetuskan kegatalan semula.

"Kulit yang mengalami ekzema atopik menjadi sangat kering disebabkan
kehilangan terlalu banyak kelembapan. Bagaimanapun, ia boleh diuruskan
dengan pelbagai rawatan termasuk menggunakan pelembap untuk kulit kering,
mengambil steroid bagi mengatasi keradangan dan anti ubat gatal,'' ujar
majlis pelancaran Kempen Kesedaran Ekzema Atopik anjuran PDM di Sunway
Piramid, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kulit pesakit atopik ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi
juga bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan kulit yang
berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.

Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan
bakteria.

Sembilan puluh peratus ekzema secara keseluruhan menunjukkan Staphylococcus
aureus , iaitu bakteria yang mungkin menyebabkan keradangan.

Terdapat sari gabungan dan salap yang mengandungi satu steroid untuk
mengatasi keradangan dan antibiotik untuk menghapuskan Staphylococcus
aureus.

Sehingga kini kata Dr. Yee punca ekzema masih tidak diketahui. Jika seorang
ahli keluarga mempunyai ekzema, asma atau alahan rinitis (alahan pada
debunga), anak mereka ada peluang besar untuk turut mengalaminya.

Sesetengah kanak-kanak yang ada ekzema turut mendapat asma atau alahan
rinitis.

Menurut Yee, kulit atopik ekzema yang pecah dan merekah menyebabkan
kelembapan meresap keluar.

Selain menggunakan pelembap, steroid untuk keradangan dan antiubat gatal,
pesakit boleh mengawal keadaan itu sendiri. Ini termasuk mengurangkan
penggunaan cecair pencuci, penghilang bau sepert, kosmetik, debunga dan
makanan tertentu.

"Pesakit-pesakit ekzema perlu mengelakkan menggunakan sabun atau mandian
berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit.

"Sebaliknya, mereka disarankan menggunakan pembersih dan pelembap yang bukan
sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga pelembap terutama kulit yang
alergi,'' ujar Dr. Yee lagi.

Pesakit turut dinasihatkan untuk berbincang dengan individu yang pakar
terutama dalam pengurusan bagi meminimumkan serangan ekzema atopik.

*RAWATAN & SIHAT TANPA UBAT - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Kirim email ke