Mengurus Wang Sendiri <http://www.maynetwork.net/forum/viewtopic.php?t=3>
Lazimnya kita dapati pelbagai bentuk latihan ditawarkan untuk para pekerja tetapi kebanyakan mereka tidak melihat pengurusan kewangan sebagai satu bentuk latihan yang penting – malah hanya menolak ia ketepi dan anggap pekerja boleh menimba ilmu itu dalam waktu mereka sendiri tanpa pembiayaan syarikat. Jika kita halusi latihan yang dianjurkan yang berbentuk "soft skills", antaranya adalah: * Membentuk kesedaran diri * Menangani stres * Menyelesaikan masalah * Hubungan yang baik * Pengurusan konflik Kebanyakan topik di atas atau kesemuanya, sememangnya berhubung kait dengan pengurusan kewangan. Cuba bayangkan, bagaimana seorang membentuk kesedaran diri jika pengurusan kewangannya pun lintang-pukang? Bukankah stres yang timbul akibat masalah kewangan antara faktor produktiviti individu tersebut menurun? *Klik disini untuk membaca artikel penuh<http://www.maynetwork.net/forum/viewtopic.php?t=3> *