*Nafas berbau kerana resdung*


*UTAMA* <http://www.biovco.com/>

*TESTIMONI* <http://www.biovco.com/testimoni.html>

*INFO KESIHATAN* <http://www.biovco.com/info/>

*BELI PRODUK* <http://www.biovco.com/beli.php>



Nafas berbau boleh disebabkan oleh masalah yang berpunca dari bahagian
hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru mahupun dari perut. Semua
bahagian ini ada bersangkut-paut dengan ruang pernafasan.



Sinus adalah ruang kosong di bahagian tengkorak yang berkomunikasi dengan
ruang hidung. Apabila ruang sinus ini dijangkiti oleh kuman, kahak kuning
atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung lalu menitis ke belakang tekak
post nasal drip.



Ini akan membawa kepada pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung
tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau.



Rinitis ialah istilah yang menyatakan bengkak pada tisu bahagian hidung
(inflamasi atau radang pada membran mukus di hidung).



Ia sama ada disebabkan oleh alahan ataupun infeksi pada mana-mana bahagian
hidung atau rongga sinus. Post nasal drip boleh disebabkan oleh rinitis itu
sendiri.



Jika seseorang itu mengalami simptom-simptom yang telah saya sebutkan tadi,
berjumpalah seorang pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) supaya ruang
hidung, sinus, mulut dan tekak diperiksa dengan betul dan punca nafas berbau
ini dapat dikesan dan diubati.



*Testimoni Resdung*



Saya telah mengalami resdung lebih dari 15 tahun.  Pelbagai vitamin dan
ubatan termasuk ubat-ubat hospital, telah saya cuba untuk merawatnya.  Hanya
orang-orang yang mengalaminya sahaja yang tahu betapa tidak selesanya hidup
ini sekiranya penyakit resdung telah dihidapi oleh seseorang itu.  Dahlah
bersin berkali-kali tak mengira tempat.  Hidung pulak asyik berair tak
terkawal mengalir.  Gatalnya pulak rasa macam nak potong je hidung ni.  Tangan
tak pernah terlepas dari memegang tuala kecil yang sekejap je dah basah.  Badan
pun rasa tak sedap, macam antara demam dan tidak.



Setelah terjumpa artikel mengenai Produk *BioVCO* kerana rajin "surf
interesting websites" sayapun mencuba mengamalkannya.  Ternyata ada
perubahan yang tanpa disedari semasa saya dapat habiskan dua botol.  Tak
adapun rasa "healing krisis" seperti yang biasa "food supplement" pernah
saya ambil. Kini saya telah beberapa kali beli secara online melalui
Maynetwork Sdn. Bhd. dan saya akan terus beli dan terus mengamalkannya untuk
memulihkan penyakit saya sepenuhnya.  Saya juga ingin mengucapkan syabas
kepada Encik Johari yang berusaha menjayakan perniagaan seperti ini dengan
produk yang amat berkesan sekali.



*Badariah Mazlan*

Teluk Panglima Garang

Kuala Langat

Selangor

Tel : 019-224****



** Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti
atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli
perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis
penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni di atas sembuh dengan
izin Allah S.W.T. Ia belum diuji secara klinikal oleh mana-mana pihak. Kesan
yang dialami mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang
lain.



*UTAMA* <http://www.biovco.com/>

*TESTIMONI* <http://www.biovco.com/testimoni.html>

*INFO KESIHATAN* <http://www.biovco.com/info/>

*BELI PRODUK* <http://www.biovco.com/beli.php>

Kirim email ke