*Bush manusia paling hipokrit – Mugabe * * *
* * *UTAMA <http://www.biovco.com/> * *TESTIMONI <http://www.biovco.com/testimoni.html>* *INFO KESIHATAN <http://www.biovco.com/info/>* *BELI PRODUK <http://www.biovco.com/beli.php>* NEW YORK 27 Sept. – Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menyifatkan Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush sebagai seorang yang betul-betul hipokrit kerana bersyarah kepadanya mengenai hak asasi manusia. Mugabe juga menggambarkan kem penjara AS di Teluk Guantanamo, Cuba sebagai sebuah kem tahanan politik zaman Nazi Jerman. "Tangannya berlumuran dengan darah orang tidak berdosa dari banyak negara. Dia membunuh di Iraq. Dia juga membunuh di Afghanistan. "Inikah orang yang mahu dianggap sebagai guru mengenai hak asasi manusia?" soal Mugabe berapi-api pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). Mugabe, 83, yang memegang kuasa sejak kemerdekaan Zimbabwe dari Britain pada 1980, berucap sehari selepas Bush membidas kerajaan-kerajaan Belarus, Syria, Iran dan Korea Utara sebagai "rejim kejam" dalam ucapan beliau pada Perhimpunan Agung itu. Bush mengkritik kerajaan Zimbabwe pimpinan Mugabe sebagai "zalim dan melakukan serangan ke atas rakyatnya sendiri." "Itu semua hipokrasi semata-mata," kata Mugabe mengenai ucapan Bush itu. Menurut beliau, Bush memenjarakan dan menyeksa tahanan di penjara Abu Gharib di Iraq dan Guantanamo. "Di kem tahanan itu, undang-undang antarabangsa tidak dipakai lagi," kata Mugabe, seorang bekas gerila Marxis yang memperjuangkan kemerdekaan dari Britain. Beliau menuduh AS bertanggungjawab menulis semula prinsip-prinsip utama Perisytiharan Universal mengenai Hak Asasi Manusia. "Nampaknya kita semua bersalah kerana serangan 11 September," ujar Mugabe. Menurut beliau lagi, Bush dan sekutu kuatnya, bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair "memperkudakan" PBB apabila mereka melancarkan perang ke atas Iraq, namun Bush kini terhegeh-hegeh meminta badan dunia itu supaya meluaskan peranannya di Iraq. "Bush yang amat perkasa kini kembali ke PBB untuk mendapatkan pakej penyelamat kerana dia mengalami kekalahan di sana. "Namun dia masih berani bersyarah kepada kita mengenai kezaliman," kata Mugabe. Beliau turut menuduh Britain dan AS menjalankan kempen untuk memburukkan dan memporak-perandakan Zimbabwe. – Reuters * * *UTAMA <http://www.biovco.com/> * *TESTIMONI <http://www.biovco.com/testimoni.html>* *INFO KESIHATAN <http://www.biovco.com/info/>* *BELI PRODUK <http://www.biovco.com/beli.php>*