Motivasi: Gagal merubah keadaan


TERIKAT KEPADA KEADAAN SEKARANG



http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>



" Saya dah stabilÂ…" Dengan bangganya kawan anda berkata begitu. Tak
lama kemudian, bulan depan, anda melihatnya  sudah tak stabil –
sudah menunggang kapcai.

Selain terikat kepada keadaan masa lalu, terikat kepada keadaan sekarang
juga merupakan punca kegagalan.

Sama ada keadaan sekarang berbentuk kejayaan atau kegagalan, sama sekali
anda tidak boleh membiarkan diri anda terikat kepadanya. Terikat kepada
keadaan sekarang akan membawa anda kepada masa lalu kerana dunia ini
berpusing, maju ke depan. Hari ini kita berdiri di sini, kita menjadi
'beku' jika kita terus berdiri di sini kerana disekeliling kita penuh
dengan perubahan yang meninggalkan kita. Jadi semestinya kita sentiasa
bergerak  untuk mengikut rentak pusingan dunia ini.



http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>



Bagaimana keadaan anda hari ini? Sihat?Kaya?Berjaya? Miskin atau
Gagal?Walau apa pun keadaan semasa yang kita lalui hari ini, jangan
sesekali membenarkan jiwa dan fizikal anda melekat, terikat kepadanya.
Banyak hari-hari yang panjang menunggu di depan. Selesa hari ini tak
semestinya selesa pada masa depan. Miskin hari ini tak semestinya terus
miskin

Manusia lebih suka hidup terikat kepada keadaan semasa.Satu cara yang
pasti untuk memperolehi kegagalan kearah yang lebih buruk. Ramai yang
menyangka, bila sudah berjaya, kejayaan itu akan kekal. Hakikatnya,
tidak ada yang kekal di dunia ini. Usaha di tangan anda, anda perlu
berusaha mengekalkannya. Berusaha bukan duduk diam terikat kepada
keadaan semasa. Orang yang menyangka, bila hidup gagal, miskin, itulah
ketentuan hidup. Itulah penamat, "Dah takdir.." Soalnya, tahukah apa
takdir masa depan?

Anda mesti sentiasa ingat, walau apa pun yang terjadi pada hari ini, ia
bukan penamat. Kerana bukan penamat, maka tak sepatutnya kita berhenti
dan mengikat diri kepada keadaan semasa.



http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>

Kirim email ke