Pengasas Kumpulan Genting yang juga hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong 
mendedahkan 15 resipi yang diamalkannya sehingga berjaya menjadikan Genting 
Highlands Resorts sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia. Resipi 
kejayaan itu didedahkan menerusi kertas kerja bertajuk ‘Bagaimana Usahawan 
Pelancongan Dari Negara Membangun Berjaya ke Peringkat Global’ pada Persidangan 
Pelancongan Dunia di sini hari ini. Ia disampaikan oleh Pengerusi Resort World 
Berhad, Kumpulan Genting Berhad, Lee Choong Yan.
   
  Menurut Choong Yan, meskipun Goh Tong sudah berjaya mencapai visinya, beliau 
masih menjadikan 15 prinsip tersebut sebagai amalan, malah menjadikannya 
sebagai misi korporat dan budaya kerja dalam Kumpulan Genting. 
   
  ‘‘Tan Sri berpesan, untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan, kita mesti 
merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain, menepati masa atau 
tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jangan sesekali membatalkan 
temu janji, berdisiplin, bangun awal dan tidur lambat.
   
  ‘‘Sentiasa bawa kertas untuk merekod sebarang perkara yang datang dalam 
fikiran, mencatat segera sebarang idea yang datang, bertindak segera dan 
memberi reaksi tepat pada waktunya.
   
  ‘‘Selain itu, kita mesti percaya dan yakin pada diri, jika anda percayakan 
sesuatu, teruskan, jangan fikir negatif, dalam perniagaan - lakukan secara 
berperingkat walaupun perlahan - asalkan ia tindakan tepat, elakkan diri 
daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh.
   
  ‘‘Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, 
kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan, perlu tahu apa yang 
dilakukan dan sentiasa sedar diri, selalu ada kepercayaan kepada mereka yang 
berada di sekeliling dan yang terakhir, percaya kepada tuhan dan selalu minta 
keberkatan daripadanya,” kata beliau.
   
  Kata Choong Yan, beliau turut berusaha mengamalkan resipi itu dan sentiasa 
berpegang kata pepatah yang sering dikatakan Goh Tong iaitu “untuk berjaya, 
kita harus menggunakan sepenuhnya keupayaan diri dan melakukan kerja dengan 
sebaik mungkin”.
   
  Katanya, kejayaan Kumpulan Genting hari ini dicapai menerusi impian dan visi 
seorang lelaki yang satu ketika dahulu dianggap orang tua gila di kalangan 
rakan-rakannya kerana berhasrat membina pusat peranginan Genting. Beliau 
berkata, Goh Tong pernah bercerita kepadanya mengenai ejekan yang diterimanya 
itu dan memberitahu, perniagaan tersebut tidak akan memberi pulangan kerana 
tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu.
   
  ‘‘Tetapi beliau (Goh Tong) membuktikan kata-kata itu dengan bekerja dua syif 
selama seminggu dan bagi menjimatkan kos, mereka tinggal dalam hutan malah ada 
yang tinggal dalam gua berdekatan,” katanya.
   
  Choong Yan berkata, hasilnya, pusat peranginan Genting Highlands yang pada 
satu ketika dahulu hanya menyediakan 200 bilik kini mempunyai lebih 10,000 
bilik dan dilawati lebih 18 juta pelancong sepanjang tahun. ‘‘Kejayaan Kumpulan 
Genting hari ini bukan mudah dicapai, ia sebenarnya terkandung rahsia 
tersembunyi,’’ jelasnya.
   
  Selain itu, ujarnya, Goh Tong sentiasa menganggap kakitangan sebagai aset 
paling berharga dan disebabkan itu, sebahagian besar kakitangan syarikat itu 
hari ini adalah mereka yang bekerja sewaktu Genting mula-mula dibuka. Mac lalu, 
Goh Tong tersenarai antara sembilan rakyat negara ini sebagai The World’s 
Billionaires oleh majalah Forbes bagi 2007. Beliau berada di tangga 204 dalam 
senarai dunia dengan nilai harta sebanyak RM14.28 bilion (AS$4.2 bilion), di 
belakang Tan Sri Robert Kuok (ke-104) dan Tan Sri Ananda Krishnan (ke-119).
   
  Goh Tong yang berasal dari Anxi, Wilayah Fujian, China datang ke Malaya 
ketika berusia 20 tahun. Beliau menjadi orang pertama bekerja mengikut giliran 
24 jam sehari tujuh hari seminggu untuk membina pusat peranginan Genting 
Highlands pada 8 Ogos 1965. (Petikan dari utusan online bertarikh 7hb Jun 2007)
   
   
  Daripada
   
  Pengurus Ideal Enterprise
   
  webmaster:
  http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
   
   
   

       
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally,  mobile search that gives answers, not web links. 

Kirim email ke