...sambungan: (BAHAGIAN 3) Peraturan 8 Periksa Perkara-Perkara Kecil Contoh perkara-perkara kecil ini ialah seperti cetakan halus dalam kontrak, alamat laman web, ejaan dan tanda baca yang anda taip dalam surat kepada pelanggan. Dalam kata lain, telitilah setiap perkara. Peraturan 9 Berkongsi Penghargaan Tiada orang yang boleh hidup tanpa bantuan orang lain. Ingat dan hargailah orang yang telah membantu dan terus membantu anda dalam mencapai impian anda. Beri penghargaan kepada kejayaan orang lain juga. Peraturan 10 Bertenang Dan Berhati-Hati Kejayaan jangka panjang tidak akan dicapai jika anda mempunyai sikap kelam-kabut dan lalai. Dalam menghadapi cabaran yang tidak dijangka, kemerosotan perniagaan atau kegagalan mencapai matlamat yang ditetapkan, sedarlah bahawa ini semua hanyalah sebagaian daripada asam garam perniagaan, dan sentiasalah bersikap tenang dan berhati-hati dalam menangani masalah. Jangan bertindak terburu-buru. Anda tentu tidak mahu melepaskan semua usaha anda selama ini semata-mata untuk mencuba sesuatu yang baru dan berbeza kecuali anda telah menyelidikinya dengan mendalam dan secara tenang Analisa situasi anda dengan tenang dan gunakan kebijaksanaan untuk memperbaiki keadaan itu. Kadang kala anda hanya perlu membelok sedikit sahaja untuk kembali ke laluan yang betul. Tidak perlulah anda menukar kemudi yang baru. http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
Peraturan 11 Berwawasan dan Bersungguh-sungguh Peraturan ini selaras dengan peraturan 4 dan 5. Untuk menetapkan matlamat dan merancang langkah-langkah yang perlu untuk mencapainya, anda mestilah menetapkan wawasan terlebih dahulu. Anda perlu berwawasan tinggi dan berani. Tiada apa yang tidak boleh dicapai, maka pastikan usaha yang anda curahkan adalah demi sesuatu yang benar-benar bernilai dan berbaloi. Peraturan 12 Hadapi dan Tangani Ketakutan Anda Setiap seorang dari kita pasti pernah mengalami masa-masa tertentu di mana kita merasa tidak yakin terhadap diri sendiri atau takut untuk mengembara ke suatu tempat yang tidak diketahui destinasinya. Jika apa yang anda rancangkan menimbulkan rasa ragu-ragu, cemas atau takut, hadapilah dan tanganilah ia. Perasaan-perasaan ini adalah sesuatu yang baik kerana ia membolehkan anda melihat sesuatu keadaan itu dari perspektif yang lebih luas. Seperti yang tertulis dalam buku ini, rasailah ketakutan itu dan teruskan melakukannya. (Sumber: Elena Fawkner - editor A Home-Based Business Online, satu laman web yang menyediakan idea-idea yang praktikal, sumber-sumber dan strategi untuk perniagaan dari rumah atau perniagaan dalam talian) ...bersambung Daripada Pengurus Ideal Enterprise webmaster: http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com --------------------------------- Shape Yahoo! in your own image. Join our Network Research Panel today!