...sambungan: (BAHAGIAN 2) Peraturan 4 Ia Boleh Dilakukan Jangan hadkan atau bataskan keupayaan diri anda. Anda boleh buat apa sahaja jika anda tetapkan minda anda padanya, asalkan perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Bagi apa sahaja perkara yang di bawah keupayaan manusia, pepatah yang mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan adalah benar. Disiplinkan diri dengan merancang hidup anda dan apa yang ingin anda capai. Dengan menetapkan matlamat dan merancang langkah-langkah yang akan membantu anda mencapainya, anda boleh mencapai apa sahaja yang anda ingini. Peraturan 5 Berhati-hati Dengan Apa Yang Anda Pilih, Kerana Anda Mungkin Akan Memperolehinya Jika anda menetapkan matlamat untuk mencapai sesuatu yang benar-benar anda inginkan dan anda merancangkannya dengan teliti, apa sahaja yang anda ingini pasti akan anda perolehi. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menetapkan matlamat anda. Peraturan 6 Jangan Biarkan Fakta Yang Berlawanan Menjadi Penghalang Kepada Satu Keputusan Yang Baik Tumpukan perhatian pada ganjaran yang menanti, dan jangan biarkan perkara-perkara lain yang kurang penting mengganggu tumpuan anda. Anda mungkin tidak akan menyertai pertandingan maraton jika anda tahu bahawa pertandingan itu akan disertai oleh 1,000 orang, tetapi adakah ini bermakna keputusan anda untuk bertanding adalah satu kesilapan? Tidak. Buatlah keputusan berasaskan maklumat yang berkualiti dan berdasarkan apa yang terbaik bagi perniagaan anda. Jika seseorang datang sebagai pesaing kepada perniagaan anda, jangan terus mengaku kalah. Teruskan larian anda. Tentu ada sesuatu yang dapat membezakan anda daripada pesaing anda. Peraturan 7 Jangan Biarkan Orang Lain Membuat Pilihan Untuk Anda Anda tidak seharusnya membiarkan orang lain membuat keputusan bagi pihak anda. Pekakkan telinga jika ibu anda mengatakan anda gila kerana melepaskan pekerjaan yang selesa dan stabil untuk memulakan perniagaan sendiri. Anda seharusnya mengejar impian sendiri, bukannya impian orang lain. (Sumber: Elena Fawkner - editor A Home-Based Business Online, satu laman web yang menyediakan idea-idea yang praktikal, sumber-sumber dan strategi untuk perniagaan dari rumah atau perniagaan dalam talian) ...bersambung Daripada Pengurus Ideal Enterprise webmaster: http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
--------------------------------- Expecting? Get great news right away with email Auto-Check. Try the Yahoo! Mail Beta.