Harian Metro : Air suling ubat berahi
Oleh Zainal Zawawi Mohamed dan Hadzlihady Hassan

KUALA LUMPUR: Ada peniaga jalanan warga asing mengaut keuntungan ratusan 
ringgit sehari dengan hanya bermodalkan air suling dalam botol dengan 
mendakwanya ubat kuda mengawan yang mampu merangsang keghairahan wanita 
‘sekelip mata’ apabila dicampur dalam minuman.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ...

Hari ini sahaja, Tawaran akan berakhir bila-bila masa sahaja dari sekarang !!!

http://www.biovco.com
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Peniaga warga asing terbabit memasukkan air suling itu dalam botol kecil 
seolah-olah cecair itu sesuatu yang istimewa.

Dengan harga RM30 sebotol, ia dipromosikan sebagai ubat ghairah berbentuk 
cecair yang terbaik untuk orang ramai. 

Bagaimanapun, cecair itu tidak mendatang apa-apa kesan atau ghairah kepada 
pengguna wanita yang menjadi mangsa lelaki ketagih seks ketika meletakkannya 
dalam minuman.

Orang ramai perlu sedar bahawa cecair terbabit tidak boleh mengghairahkan 
mana-mana wanita.

Peniaga jalanan di kalangan warga asing sebelum ini popular dengan menjual 
pelbagai barangan kulit seperti beg, tali pinggang dan jam tangan dikatakan 
‘beralih angin’ menjual cecair seks itu kerana mudah mendapatkan wang.

Malah, mereka menjadikan restoran di sekitar Lembah Klang sebagai lokasi utama 
terutama pada waktu makan tengah hari untuk mempromosikan cecair ghairah palsu 
itu.

Peniaga terbabit juga mampu menjual berpuluh-puluh botol mengandungi cecair 
ghairah dalam masa sehari sehingga memperoleh pulangan lumayan menyebabkan 
mereka tidak mahu lagi menjual barangan lain.

Tinjauan Harian Metro mendapati, cecair ghairah terbabit dijual pada harga RM30 
sebotol dan apabila pelanggan menolak tawaran berkenaan, peniaga terbabit akan 
menurunkan harganya sehingga RM10.

Pada botol itu turut tertera tarikh diperbuat serta tarikh luputnya bagi 
mengaburi mata orang ramai kononnya produk berkenaan adalah tulen.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Unit Perlindungan Pengguna 
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata 
cecair ghairah yang dijual itu sebenarnya digunakan sebagai pelarut untuk 
suntikan.

“Cecair ini sama seperti air dan tidak akan memberi sebarang kesan jika ada 
pihak menggunakannya.

“Saya harap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sebarang penipuan yang 
berkaitan ubat ghairah yang berlambak di pasaran negara ini tanpa mendaftar 
dengan Kementerian Kesihatan,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di 
pejabatnya sini, semalam.

Menurutnya, orang ramai mudah percaya dengan keberkesanan pelbagai ubat ghairah 
yang dijual di pasaran negara ini tanpa memikirkan kesan yang akan diterima 
dalam jangka panjang.

Katanya, semua ubat ghairah ini dicampur dengan ‘Sildenafil’ iaitu sejenis 
bahan aktif yang digunakan dalam pil viagra.

“Bahan aktif ini akan dicampur dengan ubatan tradisional untuk dijadikan pil 
yang kononnya boleh memberi kesan ghairah kepada pengguna.

“Tetapi sebenarnya ia memudaratkan dan memberi kesan sampingan kepada pengguna 
kerana kandungan bahan aktif yang ada dalam pil tidak mengikut sukatan 
sebenar,” katanya. 

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ...

Hari ini sahaja, Tawaran akan berakhir bila-bila masa sahaja dari sekarang !!!

http://www.biovco.com
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke