Taliban tawan daerah selatan - Lucut senjata anggota polis 

KANDAHAR 2 Feb. – Pihak berkuasa Afghanistan hilang kawalan ke atas sebuah 
daerah di selatan negara ini, kawasan yang askar British ‘serahkan’ kepada 
pemimpin- pemimpin suku, lima bulan lalu.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ...

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Daerah Musa Qala jatuh ke tangan Taliban, yang digulingkan enam tahun lalu, 
dalam serangan lewat semalam dan melucutkan senjata pasukan keselamatan polis.

Penduduk awam meninggalkan daerah itu. 

Pemimpin-pemimpin suku memberitahu, daerah Musa Qala di wilayah Helmand “tidak 
jatuh ke tangan musuh seratus peratus”.

Bagaimanapun, menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Zemarai Bashary, 
daerah itu “berhadapan dengan ancaman serius dan tekanan daripada pihak musuh”.

Jelas Zemarai, serangan Taliban dilakukan lewat semalam dan memusnahkan 
sebahagian kawasan berkenaan.

Ketika bercakap kepada AFP, beliau memberitahu, tahap kemusnahan tidak jelas, 
tetapi “keadaan amat serius.”

Gabenor Helmand, Asadullah Wafa memberitahu, pejabat polis daerah telah 
“dikawal (Taliban) dan bangunan pejabat tersebut telah dikosongkan.”

“Tiada sesiapa dalam bangunan polis daerah, sama ada Taliban ataupun anggota 
pentadbiran,” katanya lagi.

“Mereka memusnahkan dinding pejabat polis dan melucutkan senjata anggota polis 
di kawasan itu tetapi tidak menangkap mana-mana anggota polis. Mereka 
membiarkan mereka pulang,” kata jurucakap itu.

Seorang lagi anggota polis mengesahkan anggota Taliban berada di kawasan 
tersebut.

Pasukan tentera British yang menyelia kawasan Helmand memberitahu, pihaknya ada 
menerima laporan mengenai kejadian di Musa Qala tetapi tidak dapat mengesahkan 
sebarang maklumat lanjut.

Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di bawah tentera British yang 
telah dikerahkan ke kawasan tersebut memberitahu, ia sedang memantau 
perkembangan tersebut.

Taliban yang memerintah Afghanistan antara 1996 dan 2001 telah mengawal 
beberapa daerah di kawasan pendalaman, di selatan Afghanistan sebelum diusir 
oleh pasukan tentera.

Asadullah kritikal mengenai langkah tentera British keluar dari daerah Musa 
Qala pada September lalu.

– Agensi

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ...

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke