Usul tidak percaya - Demokrat, Republikan kompromi tindakan kecam dasar Bush
WASHINGTON 1 Feb. Anggota parti Demokrat dan Republikan di Senat Amerika Syarikat (AS) mencapai kompromi malam tadi mengenai kandungan satu resolusi yang membantah rancangan Presiden George W. Bush untuk menambah askar AS di Iraq. =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ... http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Resolusi yang dijangka mendapat sokongan umum itu bermakna White House bakal menghadapi pengundian memalukan bagi meluluskan usul tidak percaya terhadap rancangan terbaru Bush untuk memulihkan ketenteraman di Iraq. Perang di Iraq boleh dianggap sebagai isu paling penting yang dihadapi oleh negara kita, kata Senator Susan Collins, antara anggota Republikan yang menentang dasar Bush mengenai Iraq. Beliau menegaskan, adalah penting Senat merakamkan tentangannya terhadap rancangan Presiden untuk menghantar 21,500 lagi askar ke Iraq. Collins berkata, teks resolusi yang ditulisnya bersama-sama anggota Republikan berpengaruh, Senator John Warner adalah hasil kompromi antara Warner dengan Senator Demokrat yang mengetuai Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat, Carl Levin. Peruntukan yang dipersetujui akan mengukuhkan lagi resolusi kita dan saya yakin, meluaskan sokongan terhadapnya, ujar Collins. Warner dari Virginia telah mempersetujui pindaan pada usulnya bagi menarik sokongan Demokrat. Pindaan yang dibuat oleh Warner membolehkan kita melangkah ke hadapan. Saya yakin kita mempunyai peluang lebih cerah untuk memperoleh sokongan lebih kukuh daripada kedua-dua parti terhadap resolusi Warner itu, kata Penolong Pemimpin Majoriti, Dick Durbin, anggota Demokrat dari Illinois. Kata Durbin, beliau akan mengundi menyokong usul Warner itu seperti yang telah dipinda. Pemimpin Majoriti Senat, Harry Reid, seorang Demokrat dari Nevada berkata, beliau mahu perbahasan mengenai resolusi Warner dimulakan pada Isnin depan. Reuters =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ... http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/