Teheran tak takut diserang

TEHERAN: Ketua perunding nuklear Iran, Ali Larijani berkata bahawa pasukan 
bersenjata negara itu bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang ancaman 
terhadap kemudahan loji nuklear negara itu, lapor media tempatan, semalam.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Kos rawatan semakin meningkat, cegah sebelum terlewat, amalkan cara hidup 
sihat. Jangan ambil ubat tanpa nasihat doktor, bersenam, kurangkan pengambilan 
makanan yang mengandungi bahan kimia. Kaedah terkini melalui makanan 
semulajadi, tanpa bahan kimia, tanpa bahan pengawet, tanpa kesan sampingan, 
selamat dan sesuai untuk semua peringkat dan umur. Terbukti kepada pengidap 
resdung, darah tinggi, asma, jantung. Maklumat lanjut ?

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

“Pasukan bersenjata republik Islam ini bersedia berhadapan dengan sebarang 
ancaman,” kata Larijani yang dipetik semalam selepas pertemuan dengan ulama 
tertinggi di pusat agama Qom.

Beliau bagaimanapun mengenepikan kemungkinan kemudahan nuklear Iran akan 
diserang sebaliknya menegaskan:

“Musuh kami tidak mempunyai kuasa seumpama itu. Mereka hanya menggunakan perang 
psikologi untuk memaksa kami menarik balik pendirian dalam isu nuklear.

Awal minggu ini, Mohammad Saeedi, Timbalan Pengarah Pertubuhan Kuasa Atom Iran, 
berkata serangan terhadap kemudahan nuklear tidak mungkin berlaku tetapi Iran 
tetap waspada.

Amerika Syarikat dan Israel, dua musuh utama Iran tidak pernah mengarahkan 
tindakan ketenteraan terhadap republik Islam itu berikutan program nuklear yang 
didakwa sebagai pembinaan senjata atom.

Tetapi, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Robert Gates awal minggu ini 
berkata, Amerika Syarikat tidak mahu berkonflik dengan Iran dan banyak lagi 
tindakan lain boleh diambil.

Kenyataan Larijani dibuat selepas Washington kelmarin menuntut Iran membekukan 
pengkayaan uranium, sebelum perbincangan dua hala.

Pegawai Kesatuan Eropah juga berkata bahawa mereka akan mengenakan pelaksanaan 
penuh sekatan oleh Majlis Keselamatan PBB.

Majlis Keselamatan meluluskan Resolusi 1737 pada 23 Disember lalu untuk 
mengenakan sekatan terhadap Iran kerana keengganan menghentikan pengkayaan 
uranium, proses yang membolehkan pengisian nuklear bagi membangunkan bom atom.

Sekalipun berulang kali menyatakan usaha mereka untuk keamanan, Barat tetap 
bimbang Iran membangunkan senjata atom.

Kedua-dua parti politik utama Amerika Syarikat menyokong perundangan yang 
memerlukan Presiden George W Bush untuk mendapatkan pengesahan kongres bagi 
menggunakan kuasa tentera terhadap Iran.

Pemimpin Parti Demokrat di Senat, Harry Reid, menegaskan bahawa Bush tidak 
boleh melancarkan serangan tentera tanpa meminta kebenaran Kongres. – AFP

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Kos rawatan semakin meningkat, cegah sebelum terlewat, amalkan cara hidup 
sihat. Jangan ambil ubat tanpa nasihat doktor, bersenam, kurangkan pengambilan 
makanan yang mengandungi bahan kimia. Kaedah terkini melalui makanan 
semulajadi, tanpa bahan kimia, tanpa bahan pengawet, tanpa kesan sampingan, 
selamat dan sesuai untuk semua peringkat dan umur. Terbukti kepada pengidap 
resdung, darah tinggi, asma, jantung. Maklumat lanjut ?

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke