Darah tinggi: Ambil serius! Di Malaysia, hipertensi merupakan masalah umum di mana, menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, seorang daripada tiga rakyat Malaysia berusia tiga puluh tahun ke atas menghidapinya.Beliau adalah Pakar Runding Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN).
========================================================== http://www.biovco.com Dapatkan lebih banyak info kesihatan secara PERCUMA setiap Minggu. Fowardkan email ini kepada 10 rakan dan cc ke : [EMAIL PROTECTED] ========================================================== Hanya enam daripada 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka. ``Lebih membimbangkan, hanya lebih sedikit daripada satu per lima (dua puluh tiga peratus) rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi sedang mengambil ubat,'' katanya. Menurutnya, statistik tersebut menunjukkan jurang rawatan yang serius membabitkan pesakit dan juga doktor. ``Masyarakat perubatan dan orang ramai mesti mengubah sikap mereka terhadap bahaya masalah ini dan menyedari keperluan merawat hipertensi secara agresif di peringkat awal.'' Sementara itu, Ketua Nefrologi Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher mengakui cabaran untuk meyakinkan pesakit bahawa mereka perlu mengambil ubat bagi mengawal tekanan darah. ``Walaupun hipertensi merupakan antara penyakit kardiovaskular yang paling mudah dirawat, kematian yang disebabkan oleh pembunuh senyap ini terus meningkat. ``Ini kerana, apabila rawatan disyorkan, pesakit sering tidak mengambil ubat seperti yang diarahkan,'' kata Dr. Zaki Morad merangkap pengerusi jawatankuasa kerja yang merangka garis panduan Malaysia bagi rawatan hipertensi. Kumpulan kerja tersebut ditugaskan untuk merangka garis panduan bagi pihak Kementerian Kesihatan dan Akademi Perubatan. Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan pada tahun hadapan akan membuat penyiasatan lanjut ke atas 70,000 rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas untuk membuktikan penularan penyakit hipertensi, kardiovaskular dan diabetes di negara ini. Peningkatan kejadian hipertensi amat ketara dengan kenaikan berganda, daripada 58,961 pada 1985 kepada 103,512 pada 1998. Persatuan Hipertensi Antarabangsa meramalkan bahawa sehingga 42 peratus daripada penduduk dunia atau hampir seorang daripada dua orang dewasa akan menghidap penyakit hipertensi menjelang tahun 2020. Bagaimanapun, kata Dr. Zaki Morad, ramai yang tidak tahu mereka sebenarnya menghidap hipertensi memandangkan masalah ini sering timbul tanpa gejala. ``Bagi mereka yang sedar, bukan semuanya menerima rawatan dan di kalangan mereka yang diberi rawatan tersebut, hanya segelintir dapat mengawal tekanan darah mereka. ``Oleh kerana hipertensi adalah penyakit tidak bergejala, pesakit sering mengabaikan rawatan,'' katanya. http://www.biovco.com ========================================================= Testimoni Pengguna : DARAH TINGGI DAN BERAT BADAN Saya seorang ibu tunggal berusia 39 tahun. Mengidap tekanan darah tinggi sejak 9 tahun yang lalu. Setiap hari mengambil ubat atenolol dan tekanan darah 130/90. Kalau saya stress tekanan darah boleh naik sehingga 180/100 dan waktu itu saya kena masuk hospital. Saya menggunakan BIOVCO sejak lebih sebulan yang lalu. Minggu lepas saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan rutin dan tekan darah saya 110/70. Berat badan saya pada mulanya 62kg sekarang sudah turun ke 58.5kg. Saya sangat bersyukur dengan perubahan ini. Sewaktu mula-mula mengunakan BIOVCO saya rasa mengantuk yang amat sangat, tak boleh nak buat kerja. Tapi saya lawan rasa mengantuk itu dengan melakukan senaman ringan iaitu berlari setempat sehingga rasa mengantuk itu hilang. Sekarang rasa mengantuk dah tak ada lagi. Saya juga menjadikan BIOVCO ini sebagai losyen muka disapu sebelum tidur, kesannya mula nampak sekarang. Kulit menjadi lebih lembab dan pori pada wajah semakin mengecil. Bukan itu sahaja, BIOVCO memberi kesan kepada PMS (pre-menstrual sindrome). Sebelum haid saya akan mengalami sakit kepala yang amat sangat disertai dengan sakit di bahagian paha. Apa yang lebih penting pada saya adalah kesihatan. Kalau badan sihat hati lebih senang, dan wajah akan jadi berseri. Semoga pengalaman saya menggunakan BIOVCO ini memberi manfaat kepada yang belum menggunakannya. Puan Aini Sait Tanjung Batu Miri Sarawak Lain-lain Testimoni : http://www.biovco.com/testimoni2.html ========================================================== Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum duji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. ** Harap maklum ========================================================== YG301206 Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/