Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia...... Assalam Mu'alaikum Wbrth! 
   
  Sudah  Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
  Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
  Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu  sebelum rambutmu ditutupkan!
  Dengan kain kafan yang serba putih!
  Pada waktu itu tidak  guna lagi bersedih....
  Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
  Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
  Dengan empat kali takbir dan satu salam 
  Berserta Fatihah, Selawat dan doa.... 
  Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu  Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
  Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
  Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
  Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
  Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
  Usunglah dirimu ke tikar Solat....
  Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
  Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
  Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan....
  Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
  Berimanlah  kamu sebelum kamu ditalkinkan!
  Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
  Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak  bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta  menikmati rezeki Tuhan!
Justeru  bila Dia menyeru,....
  Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
  Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal  darah!
Lalu menjadi seketul  daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah  kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu  yang tidak bernilai itu....
  Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
  Tapi  Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
  Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas  Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal  ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman  di perjalanan....
Guna kembali ke  pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"
  SAIFUL (6) 0 1 2 - 6 1 8 2 8 9 7     
    [EMAIL PROTECTED] com    [EMAIL PROTECTED] com 
 [ AGEN BEBAS / JUAL-BELI-SEWA HARTANAH / JIMAT PETROL 25% /
     PEMBELI POKOK GETAH & PERUBATAN    ISLAM ]

  

"saifullizwan m.rosly" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
    TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!  
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!
   
  Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan 
disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam 
akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini 
akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. 
   
  Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami 
getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru 
saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati 
daging tersebut seakan-akan bergetar. 

  Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati 
bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang 
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

  Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan 
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja 
tanpa sebarang munafaat. 

  Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik 
untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan 
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
   
  TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan 
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari 
pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. 

  Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat 
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita 
sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya 
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan 
seakan-akan bingung seketika. 
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut 
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 
   
  TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah 
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera 
untuk makan. 
   
  TANDA 3 HARI 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu 
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah 
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan 
memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 
  
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang 
sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita 
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya 
akan beransur-ansur masuk ke dalam. 
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar 
ditegakkan. 
   
  TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di 
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak 
akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 
   
  TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian 
pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian 
halkum. 
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan 
menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah 
SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
  
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak 
forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
  Saling berpesan2lah sesama kita.........
 
              SAIFUL (6) 0 1 2 - 6 1 8 2 8 9 7     
    [EMAIL PROTECTED] com    [EMAIL PROTECTED] com 
 [ AGEN BEBAS / JUAL-BELI-SEWA HARTANAH / JIMAT PETROL 25% /
     PEMBELI POKOK GETAH & PERUBATAN    ISLAM ]
      
###  TERBARU!!!  HARTANAH UNTUK DIJUAL  ###
      1)  LOT - LOT BANGLO ; 
          a) 8000 kps BUKIT KERAMAT PJK99 RM600K!!!
          b) 6300 kps UNISEL PJK99 RM100K!!!
          c) 5000 kps ke atas KG PULAU MERANTI /
              CYBERJAYA RES. MELAYU
              RM215K/LOT!!!
          d) 11,000 kps + Rumah KG PULAU MERANTI /
              CYBERJAYA PJK99 RM250K!!!
          e) 3/4 EKAR KG SERI AMAN PUCHONG 
              PJK99 RM400K!!!
      2)  2 EKAR KG PULAU MERANTI / CYBERJAYA
           RES. MELAYU RM400K!!! 
      3)  3.5 + 2 EKAR KG PULAU MERANTI / CYBERJAYA
           RES.MELAYU RM350K/EKAR!!!
      4)  2.5 EKAR SEBELAH OTK PUCHONG PRIMA PJK99 
           RM1.5JUTA!!!
      5)  3 EKAR PERTANIAN (DUSUN) TEPI JALAN DI  
           PULAU INDAH RM600K NEGO!!!
      6)  18 EKAR DI GOMBAK FH RM6JUTA!!!
      7)  20 EKAR KOMERSIAL PJK99 DEKAT TOLL SG
           BESI / MINT HOTEL RM50SEKAKI!!!
      8)  446 EKAR KELAPA SAWIT FH JOHAN SETIA
           KELANG RM8SEKAKI!!!
      9)  ADA BANYAK TANAH STESEN MINYAK UNTUK
           DIJUAL; Serdang, UITM Puncak Alam, Serendah, Morib
             & banyak lagi!!!  [SALE/TO BUY/JV?! SAIFUL (6) 0 1 2 - 6 1 8 2 8 9 
7]
     
LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya iaitu SYIRIK terhadap Allah s.w.t., 
MEMBUNUH orang tanpa hak, membuat TUDUHAN PALSU terhadap seorang Muslim, LARI 
DARI BARISAN Muslimin dalam PEPERANGAN dan SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL HAK 
ORANG LAIN"      (Riwayat Ahmad) 
  
        DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN 
Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA kepada ibu bapa dan MEMBUNUH orang 
tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.) 
 
         SEMBAHYANG LIMA WAKTU
Ada riwayat : Nabi SAW bersabda bahawa SEMBAHYANG itu adalah perkara pertama 
yang akan dihisab semasa di Akhirat kelak!!!  Jika BAIK maka baiklah segala 
amalan!!! Jika BURUK maka buruklah segala amalan!!!  JAGALAH SEMBAHYANG ITU 
IBARAT NYAWA KAMU SENDIRI!!!
 
Semoga ini menjadi PERINGATAN dan KEINSAFAN bagi kita semua.....Wallahu'alam 
Bissawab        Wassalam!!!   
 

 
---------------------------------
Have a burning question? Go to Yahoo! Answers and get answers from real people 
who know.

Kirim email ke