Dapatkan berita terkini terus melalui email secara PERCUMA dari masa kesemasa. 
Maklumat lanjut daftar online di : http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/

atau daftar dengan menghantar email ke : [EMAIL PROTECTED]

=====================================================================
Kempen AS perangi keganasan gagal

Peluang Perniagaan : http://wwww.maynetwork.net

PARIS: Sekumpulan pakar dan penganalisis keselamatan mendakwa Amerika Syarikat 
semakin ‘tewas’ dalam kempen memerangi pengganasnya di seluruh dunia biarpun 
melakukan pelbagai tangkapan, operasi keselamatan serta penilaian positif 
dibuat Rumah Putih sebelum ini.

Malah, bukti paling ketara, dunia tidak lagi menjadi semakin aman dengan 
kemungkinan negara itu berdepan serangan baru, biarpun selepas kempen 
antikeganasan global Washington dilancarkan sejak lima tahun lalu.

Pembunuhan pemimpin al-Qaeda Iraq, Abu Musab al-Zarqawi bulan lalu yang 
dicanangkan Amerika sebagai tamparan hebat terhadap kumpulan itu pula 
sebaliknya tidak menjejaskan keupayaannya mendapatkan anggota baru atau 
meningkatkan serangan.

Kenyataan pakar itu bersempena tinjauan majalah berpengaruh Amerika, Foreign 
Policy pada Mei lalu yang mendapatkan pendapat 116 pakar mewakili kalangan 
Republikan dan Demokrat yang seimbang, berhubung pencapaian kempen 
antikeganasan itu.

Mereka antara lain, mendapatkan pandangan bekas Setiausaha Negara, dua bekas 
pengarah Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan berpuluh-puluh penganalisis 
kanan keselamatan.

Hasilnya, 84 peratus percaya Amerika sememangnya semakin tewas dalam kempen 
berkenaan dan hanya 13 peratus menganggap sebaliknya.

Seramai 86 peratus percayakan dunia menjadi lebih bahaya sejak lima tahun lalu 
dan 80 peratus yakin satu serangan baru ke atas Amerika kemungkinan menjadi 
realiti pada dekad akan datang.

“Hakikatnya, kita semakin tewas kerana sekadar memberi tumpuan merawat simptom 
atau gejala, bukannya punca masalah,” kata Anne-Marie Slaughter, Ketua Fakulti 
Hal Ehwal Awam dan Isu Antarabangsa Woodrow Wilson, Universiti Princeton.

“Kita sebaliknya bertindak meletakkan ideologi fundamentalis Islam mengatasi 
ideologi komunisme sebagai musuh nombor satu, hanya menepati matlamat Al-Qaeda 
yang diingini gerakan itu. Itulah juga yang diingini kumpulan radikal Islam,” 
katanya.

Sementara itu Leslie Gelb, Presiden Majlis Hubungan Antarabangsa yang 
berpejabat di New York berkata, tanggapan yang sinonim oleh responden dalam 
tinjauan itu jelas memaparkan pendirian kritikal terhadap pentadbiran Presiden 
George W Bush.

“Jelas yang hampir semua - Bush dan ahli kumpulannya mempunyai pandangan tidak 
realistik ke atas apa yang boleh dicapai menerusi kekuatan ketenteraan dan 
ancaman ketenteraan,” katanya. Pakar lain pula menyoal asas tujuan kempen 
Amerika itu.

“Ia sesuatu yang sememangnya dijangka gagal sedari awal. Kempen memerangi 
keganasan itu sama mengarutnya dengan kempen atau perang atas kemarahan. Kita 
tidak melancarkan perang ke atas keganasan, tetapi memerangi manusia,” kata 
Alain Chouet, bekas pegawai agensi perisikan Perancis atau DGSE.

“Amerika terjerut dalam idea kempen antikeganasannya sejak 11 September, 2001 
dan mereka tidak menumpukan tindakan yang betul. Anda memang boleh membunuh 
pengganas tetapi ada ramai pengganti mereka sedang menunggu,” katanya. – AFP

“Kita tidak harus menyerang kesan keganasan tetapi puncanya seperti ideologi 
Wahabi, Arab Saudi dan Ikhwanul Muslimin. Tetapi tiada siapa pun berani 
menyentuh aspek itu,” katanya. - AFP

Peluang Perniagaan : http://wwww.maynetwork.net  

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/IYOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke