KOLOSTRUM BANTU TINGKATKAN ANTIBODI

(UTUSAN MALAYSIA 10 JAN 2006) 
Oleh: Noor Fazrina Noor Kamal
http://www.e-biz2u.com/?x=pioneer
____________________________________________________________________________________________________

PERNAH satu ketika dahulu selepas seseorang ibu bersalin, doktor menasihati ibu 
tersebut memerah keluar susu sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Tindakan itu dibuat kerana pada waktu itu kemajuan sains dan teknologi masih di 
tahap sederhana. Susu yang keluar itu disangka susu basi yang boleh 
mendatangkan mudarat kepada bayi.

Namun hasil kemajuan sains dan teknologi menerusi kajian-kajian saintis 
mendapati susu awal inilah yang mengandungi antibodi yang paling tinggi.

"Kini ibu-ibu digalakkan menyusukan anak-anak sebaik sahaja mereka lahir kerana 
diketahui susu terawal inilah mengandungi antibodi yang tinggi," kata Dr. 
Ezatti Jani, penasihat kesihatan ketika ditemui di pejabatnya di Kelana Jaya 
baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurut Dr. Ezatti yang lebih selesa dengan panggilan Dr. Zeti, 
susu awal bagi seorang ibu atau juga dikenali dengan nama kolostrum dikeluarkan 
dari saat bayi dilahirkan sehingga 24 jam selepas itu sedangkan untuk 
memperoleh antibodi yang kuat,pengambilannya perlulah dilakukan secara 
berterusan.

"Kolostrum ibu hanya keluar mulai bayi dilahirkan hinggalah tempoh genap 24 
jam, selepas itu ia menjadi susu biasa sahaja," jelasnya.

Jadi atas kesedaran ini, susu awal lembu diproses mengikut teknologi tinggi 
untuk dijadikan minuman berkhasiat bagi meningkatkan antibodi seseorang yang 
menurun berdasarkan pertambahan umur.

"Ia juga bertindak sebagai membantu pencegahan penyakit kronik seperti kanser, 
osteoporosis (reput tulang), gout, artritis dan berbagai penyakit lagi," 
katanya.

Menurut Dr. Zeti, berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para saintis, 
susu awal lembu juga mempunyai khasiat yang sama dengan susu awal ibu, malah 
lebih menarik susu awal lembu mampu dikeluarkan dalam tempoh yang lebih lama 
iaitu sehingga 48 jam bersamaan dengan dua hari selepas mamalia itu melahirkan 
anak.

"Kolostrum mamalia mengandungi Immunoglobulins yang mampu merangsang dan 
mempercepatkan proses pertumbuhan sel-sel serta menyempurnakan sistem daya 
tahan tubuh manakala Praline-rich-polypeptides(PRP)membantu menyeimbangkan 
sistem daya tahan tubuh semula jadi,"terangnya.

Dr. Zeti menjelaskan, kolostrum bukan sahaja membantu bertindak sebagai 
antibodi untuk badan, tetapi juga sebagai antigen dan antibodi yang efektif 
untuk menentang dan memerangkap serta meneutralkan sebarang bakteria berbahaya 
seperti Escherichia Coli,Coliform, Salmonella,Streptococcus Pyogenes, Bacillus 
Cereus,Yersinia Enterocolitica, Candia Albicans yang menjadi penyebab kepada 
pelbagai masalah kesihatan.

"Selain baik untuk sistem pertahanan badan, kolostrum juga terbukti berkhasiat 
untuk menghaluskan kulit, mencerahkan penglihatan,menguatkan daya ingatan, 
menyeimbangkan sistem metabolisma,melambatkan proses penuaan juga berupaya 
menstabilkan kandungan gula dalam darah," tambah Dr. Zeti.

Sambil menjelaskan tentang kebaikan kolostrum, Dr. Zeti berkata ia juga amat 
sesuai diambil oleh semua peringkat umur.

"Pengambilan kolostrum secara berterusan akan meningkatkan antibodi dalam badan 
dan yang paling penting ia disarankan bagi menguatkan tulang, terutama untuk 
wanita," ujarnya.

Kata Dr. Zeti, bagi seorang wanita, kalsium amat diperlukan dalam badan mereka 
dan pengambilan kolostrum adalah digalakkan terutama sebelum berlaku proses 
menopaus.

Kini kolostrum telah dikomersial dalam pelbagai bentuk seperti susu skim dan 
juga tablet.

Menurutnya lagi, kolostrum juga berupaya untuk mengurangkan risiko kesan 
sampingan individu akibat pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi dadah.

______________________________________________________________________________

E-biz2u memberi ruang dan peluang kepada anda untuk menjana pendapatan melalui 
produk yang baik ini dengan cara memudahkan anda mendapat produk melalui kami 
dan juga membantu mengembangkan rangkaian anda melalui sistem kami.
>> http://www.e-biz2u.com/?x=pioneer
 

Anda Cuma perlu guna sekotak sahaja setiap bulan, kemudian perkenalkan kepada 
dua orang kawan dan rakan anda tentang kebaikan susu ini dan sistem pemasaran 
kami. Anda juga bakal mendapat spilover downline hasil daripada promosi yang 
kami lakukan.
>> http://www.e-biz2u.com/?x=pioneer
 

Bagi yang ingin mendapat pendapatan yang cepat, anda juga boleh membuat iklan 
website anda di akhbar-akhbar tempatan.

>> http://www.e-biz2u.com/?x=pioneer
>> http://www.e-biz2u.com/?x=pioneer
>> http://www.e-biz2u.com/?x=pioneer





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get to your groups with one click. Know instantly when new email arrives
http://us.click.yahoo.com/.7bhrC/MGxNAA/yQLSAA/IYOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke