Serangan radikal bebas http://www.biovco.com
Gaya hidup serta tabiat makan yang kurang sihat mengakibatkan kerosakan pda struktur sel badan RAMAI mengenali penyakit seperti kanser, jantung, diabetis dan artritis, tetapi kurang menyedari mengenai radikal bebas dan antioksidan, sedangkan ia adalah antara penyebab kepada masalah berkenaan. Ini kerana, penyakit itu berpunca daripada peningkatan bilangan sel rosak dalam badan akibat serangan radikal bebas. Dr Carsten Smidt, berkata sel rosak yang semakin bertambah bilangannya mungkin menyebabkan penyakit kronik. Di samping itu ia juga menyebabkan daya ketahanan yang lemah, malah mempercepatkan proses penuaan yang boleh membawa kepada penyakit seperti Alzheimer, Parkinson, artritis dan katarak, katanya dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Penyelidikan yang dijalankan mendapati, ada lebih 100 jenis penyakit dihidapi manusia berkait rapat dengan kerosakan sel badan akibat serangan radikal bebas. Gaya hidup serta tabiat makan yang kurang sihat menyumbang kepada peningkatan tahap radikal bebas di dalam badan dan tahap yang tinggi ini boleh mengakibatkan kerosakan pada struktur sel badan. Radikal bebas Radikal bebas adalah molekul yang mengandungi sejumlah elektron ganjil dan berada dalam keadaan tidak aktif serta tidak stabil. Bagi menstabilkannya, radikal bebas ini 'mencuri' elektron daripada sel sihat di dalam badan dan menjadikannya pasangan untuk elektron yang berjumlah ganjil. Proses 'mencuri' serta melengkapkan elektron ini akan merangsang reaksi berantai yang boleh menyebabkan kerosakan sel dikenali sebagai pengoksidaan. Kewujudan tahap radikal bebas yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan peningkatan serangan terhadap sel dan mengakibatkan kerosakan kepada sel seperti sel lipid, protein, dan juga DNA. Kerosakan ini mengakibatkan sel badan hilang keupayaan untuk menyerap nutrien dan akhirnya mati. Radikal bebas yang menyerang sel DNA mungkin menyebabkan perubahan gen yang akan diturunkan kepada generasi masa depan dan muncul semula sebagai kanser ataupun bentuk komplikasi kesihatan yang lain. Dr Smidt berkata, kita tidak dapat mengelak daripada radikal bebas kerana badan secara semula jadi mengeluarkan unsur-unsur ini sewaktu pengeluaran tenaga di dalam mitokondria - struktur sel yang diibaratkan sebagai sebuah kilang tenaga yang bertindak untuk menukar makanan dan oksigen kepada tenaga. Oleh itu, apa yang penting adalah sentiasa mengawasi tahap radikal bebas dengan mengimbangkan kandungan radikal bebas dan antioksidan di dalam badan. Mengambil langkah proaktif untuk memahami dan meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan akan memanfaatkan kesihatan seseorang, katanya. Antioksidan Antioksidan boleh diibaratkan sebagai 'polis' yang bertugas di dalam badan yang berfungsi 'meneutralkan' serangan radikal bebas dengan 'menderma' elektron untuk 'dicuri' oleh radikal bebas, sekali gus mengurangkan insiden 'kecurian' elektron daripada sel-sel sihat. Sebagai barisan pertahanan pertama di dalam badan bagi meneutralkan serangan radikal bebas terhadap sel, antioksidan penting dalam memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki kesihatan secara amnya. Dr Smidt berkata, ada ratusan antioksidan yang wujud bersama-sama di dalam sistem pertahanan antioksidan badan. Bagi mengekalkan jaringan antioksidan yang kuat dan efektif, pengambilan pelbagai jenis vitamin serta galian antioksidan melalui sekurang-kurangnya lima hingga 10 hidangan, terdiri daripada pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran berwarna, bijirin lengkap serta kekacang setiap hari dapat membantu, katanya. Bagi golongan berumur dan mereka yang tidak mampu mengambil jumlah buah-buahan dan sayuran disyorkan, ia boleh diganti dengan pengambilan produk makanan kesihatan tambahan antioksidan. Apa pun, katanya, bagi mengelakkan lebihan dos bekalan vitamin seperti A, D atau E daripada sumber makanan dan juga produk kesihatan tambahan, dinasihatkan seseorang itu mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi. Dr Smidt berkata, selain diet makanan seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayuran serta kekacang dan bijirin, amalkan juga senaman secara sederhana, terus menjalani kehidupan secara positif dan elakkan terdedah kepada sinaran cahaya matahari secara berlebihan juga elakkan merokok. Ini bukan saja membantu mencegah kerosakan yang disebabkan radikal bebas, malah ia juga dapat meningkatkan kualiti hidup, katanya. Mengukur tahap antioksidan Tahap antioksidan boleh diukur melalui tahap antioksidan karotenoid di dalam badan yang mana ia memberi petunjuk sama ada diet seseorang itu kaya dengan buah-buahan dan sayuran, ataupun kaya dengan pemakanan tambahan, atau ia juga dapat memberi petunjuk kepada diet yang kurang dipengaruhi oleh kedua-dua faktor ini. Secara amnya, kaedah ujian standard makmal semasa yang digunakan untuk mengukur tahap antioksidan dalam badan adalah ujian yang kurang popular kerana ia membabitkan pengambilan sampel darah. Menyedari hakikat ini, Pharmanex membangunkan alat pengimbas antioksidan - Pharmanex® BioPhotonic Scanner. Alat ini mempunyai teknologi berpaten yang membolehkan seseorang buat pertama kalinya, mengukur tahap antioksidan di dalam badan melalui kaedah yang tidak melukakan badan (tidak memerlukan jarum atau sampel darah) dan juga memberi keputusan dalam masa kira-kira tiga minit. Dibangunkan sekumpulan doktor, jurutera serta ahli fizik dari Universiti Utah, Amerika, hasil penyelidikan selama 10 tahun, BioPhotonic Scanner berdasarkan kaedah optikal Raman Spektroskopi yang ditemui pada tahun 1930 oleh pemenang Hadiah Nobel, Sir C.V. Raman. BioPhotonic Scanner mengaplikasikan undang-undang fizik dengan mengacukan cahaya laser biru berkuasa rendah ke tapak tangan seseorang untuk menyediakan keputusan tahap antioksidan badan dalam masa tiga minit. Punca-punca Unsur Radikal Bebas Dalaman (di dalam badan manusia) * Sumber utama adalah daripada badan manusia ketika pengeluaran tenaga di dalam proses mitokondria * Sewaktu proses metabolisme biasa bagi lemak, karbohidrat dan protein * Tekanan - bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin mewujudkan unsur-unsur radikal bebas Luaran (di luar badan manusia) * Pencemaran alam sekitar seperti jerebu dan asap kenderaan * Asap rokok * Bahan kimia toksik seperti racun makhluk perosak, racun serangga, bahan pengilat dan perabot * Radiasi ultra ungu contohnya pendedahan terlalu lama kepada cahaya matahari dan pendedahan berlebihan kepada sinaran X. * Kandungan lemak di dalam makanan diproses, makanan digoreng, makanan barbeku dan yang dibakar * Makanan yang diawet * Senaman berlebihan Sumber-sumber Antioksidan Antioksidan boleh diperoleh daripada diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayuran, kekacang dan bijiran lengkap. Mengambil sekurang-kurangnya 5 hingga 10 hidangan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayuran pelbagai warna setiap hari membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan antioksidan badan. Pelbagai jenis antioksidan perlu dimakan untuk memberikan badan penjagaan optima daripada serangan unsur-unsur radikal bebas. Sumber-sumber antioksidan termasuk: Vitamin antioksidan * Beta kerotina - lobak merah, oren, betik, labu * Vitamin C - kebanyakan buah-buahan dan sayuran * Vitamin E - minyak sayuran, kekacang Galian tambahan * Kuprum - cendawan, biji bunga matahari, ketam * Selenium - telur, daging merah, ayam * Zing - daging merah, kekacang * Zat besi - Daging, makanan laut, kacang Phytonutrien: * Likopen - tomato dan produk berasaskan tomato * Lutein - bayam, jagung, seleri, brokoli * Flavonoid - brokoli, tomato, lemon * Polifenol - teh hijau Lain-lain * Glutathion - asparagus, brokoli * Koenzim Q10 - ikan, bayam, kekacang, soya http://www.biovco.com ========================================================================= TESTIMONI PENGGUNA : SAKIT JANTUNG Sakit jantung saya mula dikesan ketika berusia 40 tahun. Doktor mengesahkan bahawa saluran darah saya tersumbat yang mana menjadikan saya sukar bernafas dan amat letih. Saya pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan dikehendaki melakukan pembedahan. Saya cuba mencari iktiar lain dan sahabat saya mencadangkan menggunakan Minyak Kelapa Dara kerana dikatakan mampu melancarkan perjalanan darah. Saya mengamalkan Minyak Kelapa Dara selama 2 minggu dan terasa semakin cergas. Kini saya tidak lagi mengalami sakit dada.. Rosli Bin Ali 49 Tahun Rawang Selangor TESTIMONI PENGGUNA : SAKIT TULANG BELAKANG & SENDI LUTUT Saya seorang surirumah, berumur 57 tahun. Saya mempunyai masalah sakit-sakit dibahagian tulang belakang dan juga sakit dibahagian lutut. Kebiasaannya kesakitan itu akan dirasai setelah saya membuat kerja-kerja rumah dan membersihkan halaman rumah. Saya juga tidak dapat untuk berdiri terlalu lama kerana kesakitan dan sengal-sengal otot. Lebih-lebih lagi saya rasa tidak selesa dan tidak dapat tidur lena diwaktu malam. Kadang-kala saya meminta anak-anak saya mengurut bahagian belakang dan bahagian lutut. Alhamdulillah setelah setahun saya mengalami kesakitan sendi, akhirnya kini saya dapat bergerak cergas kembali kerana dengan adanya minyak penyembuhan iaitu Minyak Kelapa Dara yang bukan sahaja dirumus khas untuk makanan tambahan bagi kesihatan malah juga sesuai dijadikan sebagai minyak urut.. Pn. Halifah Hj Murad (Surirumah) 57 Tahun Jempol N. Sembilan Lain-lain testimoni : http://www.biovco.com/testimoni.html =================================================================== ** Semua testimoni di atas sembuh dengan izin Allah S.W.T. Ia belum diuji secara klinikal oleh mana-mana pihak. Kesan yang dialami mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. =================================================================== Minyak Kelapa Dara "BIOVCO" dihasilkan melalui kaedah bioteknologi, tanpa bahan pengawet, tanpa bahan kimia, 100% Organik dan tiada kesan sampingan. Hanya RM30.00 Sebotol Semenanjung / RM35.00 Sabah & S'wak Kos penghantaran PERCUMA menggunakan Pos Laju kerumah atau pejabat Kandungan 1 botol (120ml - Dalam botol kaca) Kaedah pembayaran sila email ke : [EMAIL PROTECTED] Pembelian online : http://www.biovco.com//pembelian.html =================================================================== Perolehi Info Kesihatan secara bersiri setiap minggu terus melalui email dengan PERCUMA !!!. Tajuk : 1 Penyakit tiroid lebih kerap menyerang wanita 2 Penyakit Thyroid 3 Kanak-kanak terdedah radang kulit 4 Artritis berpunca keradangan sendi 5 Tekanan Darah Tinggi 6 Koronari Jantung 7 Demi jantung, ubahlah gaya hidup 8 Resdung - Jejas kehidupan jika tidak dirawat 9 Tanggapan salah asma 10 Makanan punca alahan untuk mendapatkan secara PERCUMA sila email ke : [EMAIL PROTECTED] =================================================================== ------------------------------------------------------------- Claim your FREE follow-up email service (without adverts) Click here http://www.freeautobot.com 75,000 Free Banners for your Business http://freeautobot.com/bansales.html ------------------------------------------------------------- To stop receiving any further emails, just click on: http://freeautobot.com/cgi-bin/autores/autores.cgi?do=unsubscribe&[EMAIL PROTECTED]&UserID=244699 To report spam by a FreeeAutobot User. Please forward this email to [EMAIL PROTECTED] or click on the above link for immediate removal (ensure the link is not broken). ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Everything you need is one click away. Make Yahoo! your home page now. http://us.click.yahoo.com/AHchtC/4FxNAA/yQLSAA/IYOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/