Lapan sekeluarga mati dibunuh askar Amerika

http://www.maynetwork.net

DULUIYA: Tentera Amerika Syarikat membunuh lapan sekeluarga di 
sebuah rumah selepas askar penjajah itu diserang hendap di sebuah 
bandar di Iraq awal semalam, kata polis.

Polis berkata, tiga daripada mangsa adalah kanak-kanak lelaki 
berusia 13 tahun dan ibu bapanya yang ditembak mati ketika tentera 
asing itu memasuki rumah mereka di bandar Sunnah, Duluiya, kira-kira 
90 kilometer ke utara Baghdad.

"Sepasukan tentera Amerika Syarikat diserang oleh lelaki bersenjata 
yang menggunakan pelancar roket," kata polis Duluiya.

Mereka berkata, tiga mangsa adalah remaja lelaki tetapi tidak dapat 
dipastikan sama ada mereka adalah anggota kumpulan militan atau 
penduduk awam.

Enam orang juga cedera dalam serangan itu, manakala tujuh lagi 
ditahan bagi tujuan soal siasat. Tentera Amerika berkata, mereka 
sudah memulakan siasatan terhadap laporan itu.

Seorang wartawan Reuters di bandar itu, berkata tembak menembak 
berlangsung termasuk bunyi letupan daripada 2 pagi hingga 4 pagi 
waktu tempatan. Penduduk keluar selepas bunyi pertempuran terhenti.

Wartawan itu berkata, sekurang-kurangnya tiga buah rumah rosak. 
Seorang yang mati kemudiannya dikenali sebagai Naim Owaid, 31, 
seorang anggota polis yang keluar rumah memakai pakaian biasa.

"Dia keluar awal pagi, setengah jam kemudian kami dengar dibunuh dan 
kami nampak mayatnya di tengah jalan. Kami tidak dapat pergi 
mengambil mayatnya," kata seorang sepupu mangsa.

Seorang lagi mangsa ialah Ibrahim Talib, 18. "Dia keluar untuk 
melihat apa yang berlaku," kata seorang ahli keluarga mangsa. – 
Reuters

Ini insiden kedua dalam tempoh dua minggu yang menyaksikan askar 
Amerika membunuh satu keluarga Iraq. Baru-baru ini, 11 sekeluarga 
menjadi mangsa askar Amerika. - Reuters

http://www.maynetwork.net

====================================================================
Berita terkini ini dihantar kepada ahli berita terkini groups terus
melalui email. Untuk maklumat lanjut & daftar online sila lawat ke :
http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/

atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED]
====================================================================  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke