Iran tetap perkaya uranium 

IAEA percaya isu nuklear boleh diselesaikan 

http://www.maynetwork.net

VIENNA (Austria): Iran semalam memberi amaran kepada Lembaga 
Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bahawa ia akan 
melakukan proses meningkatkan keupayaan uranium secara besar-besaran 
jika lembaga itu tetap membawa kes Iran ke Majlis Keselamatan 
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kita akan melakukan proses meningkatkan keupayaan uranium secara 
besar-besaran jika dokumen Iran dirujuk ke Majlis Keselamatan PBB. 
Kami akan mengikut haluan kami jika mereka mahu menggunakan 
kekerasan," kata perunding kanan nuklear Iran, Ali Larijani.

Beliau turut berkata, Iran tidak akan menghentikan penyelidikan 
nuklear atau menamatkan usaha menghasilkan program nuklear untuk 
tujuan tenaga elektrik jika Majlis Keselamatan bertindak ke atasnya.

Bagaimanapun delegasi lembaga IAEA yang disertai 35 negara dan 
memulakan sidang mereka di Vienna semalam membayangkan mereka akan 
mengelak konfrantasi dan sebarang keputusan awal majlis itu pastinya 
lebih lembut dan jauh daripada langkah mengenakan sekatan.

Ketua Pengarah IAEA, Mohammed ElBaradei, sebelum mesyuarat bermula 
berkata semua pihak berusaha membawa Iran dan Kesatuan Eropah (EU) 
kembali berunding.

"Masalahnya masih mengenai persoalan penyelidikan dan pembangunan 
mesin emparan. Isu itu masih dibincangkan minggu ini dan saya 
berharap persetujuan dapat dicapai minggu depan," katanya kepada 
wartawan.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, pula berikrar negaranya tidak 
akan dipaksa akur kepada tekanan kuasa Barat. – AP 

FAKTA
Program nuklear Iran

November 2004: Iran memberhentikan kegiatan peningkatan uranium 
sementara berunding dengan Perancis, Britain dan Jerman atau `EU3'.

Ogos 2005: Iran memulakan semula kegiatan peningkatan uranium 
berikutan rundingan gagal mencapai penyelesaian.

Januari 2006: IAEA menyita kemudahan peningkatan uranium Iran.

Februari 2006: Iran memulakan ujian kemudahan pengempar untuk 
peningkatan uranium

http://www.maynetwork.net

====================================================================
Berita terkini ini dihantar kepada ahli berita terkini groups terus
melalui email. Untuk maklumat lanjut & daftar online sila lawat ke :
http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/

atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED]
====================================================================


-------------------------------------------------------------
Claim your FREE follow-up email service (without adverts)
Click here http://www.freeautobot.com

75,000 Free Banners for your Business
http://freeautobot.com/bansales.html
-------------------------------------------------------------
To stop receiving any further emails, just click on:

http://freeautobot.com/cgi-bin/autores/autores.cgi?do=unsubscribe&[EMAIL 
PROTECTED]&UserID=225276

To report spam by a FreeeAutobot User.
Please forward this email to [EMAIL PROTECTED] or click on the above link for 
immediate removal (ensure the link is not broken).


 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke