Dear Darryl's Mom

Sedikit Info Ttg Talasemia...
semoga membantu


-Lea-
IbuNyaPatria&Aldi
www.babiesonline.com/babies/p/patrialdi


TALASEMIA
Talasemia ialah sejenis penyakit keturunan yang mengganggu pembentukan sel 
darah merah yang mudah pecah atau musnah di dalam darah. Berikutan kekurangan 
sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana 
paras hemoglobin (Hb) yang rendah.

Paras Hb diukur dengan unit gram bagi setiap deciliter darah (g/dl). Pesakit 
talasemia sering menunjukan paras Hb yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Ada dua jenis talasemia iaitu talasemia minor (pembawa baka) dan talasemia 
major (seseorang yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dikenali sebagai 
penghidap talasemia).

Sel darah merah yang normal berfungsi membekalkan oksigen kepada tisu dalam 
badan manusia. Paras Hb yang rendah akan menyebabkan pesakit berasa lemah, 
lesu, kurang bermaya dan mungkin sesak nafas jika paras Hb semakin menurun.

Jika anemia itu sangat teruk, seperti dalam kes talasemia major, pembesaran 
kanak-kanak itu akan terbantut dan jika tiada rawatan, kanak-kanak itu boleh 
menemui maut.

Talasemia boleh ditemui di kalangan penduduk seluruh dunia, terutama di negara 
Asia dan Mediterranean. Di Malaysia, jumlah pembawa baka talasemia ialah di 
antara 600,000 dan 1 juta daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Apakah gejala talesemia minor?
Mangsa tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan. Bagaimanapun mereka boleh 
menjadi pembawa talasemia kepada anak yang dikandung sekiranya pasangan mereka 
ialah pembawa talasemia (talasemia  minor).

Apakah gejala talesemia major?
 Kanak-kanak itu kelihatan normal ketika dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan 
mula mengalami anemia apabila berusia di antara 3 dan 18 bulan.
 
 Pucat semakin ketara, sentiasa lemah dan resah.
 
 Anemia yang teruk boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
 
 Bengkak abdomen disebabkan pembesaran hati dan limpa.
 
 Pembesaran tengkorak, tulang pipi dan tulang rahang (tanda lewat).
 

Apakah rawatan bagi talasemia?
Ada 2 jenis rawatan iaitu rawatan asas dan lanjutan:

 Rawatan asas membabitkan beberapa komponen, pemindahan darah secara berkala, 
penggunaan ubat-ubatan desferrioxamine dan pembedahan untuk mengeluarkan organ 
limpa jika perlu.
 
 Rawatan lanjutan pula membabitkan pemindahan sumsum tulang daripada penderma 
yang bersesuaian.
 

Secara umum, kanak-kanak yang menghidap talasemia major memerlukan pemindahan 
darah di antara 2 dan 6 minggu sekali, namun sebahagian besar pesakit menerima 
darah secara purata sebulan sekali. Pemindahan itu perlu diberi untuk mencapai 
purata tahap Hb kanak-kanak itu dalam lingkungan normal. Untuk mencapai tahap 
kesihatan yang baik dan optimum, paras Hb sebelum pemindahan darah 
seelok-eloknya dipertahankan di antara 9 dan 10 g/dl.

Dalam keadaan demam atau saiz limpa yang besar, paras Hb akan menurun dengan 
lebih cepat dan pesakit mungkin perlu datang untuk pemindahan darah dengan 
lebihn kerap. Kekerapan pemindahan darah menyebabkan penimbunan zat besi di 
dalam tubuh pesakit. Ini kerana, darah kaya dengan zat besi dan setiap unit pek 
darah yang diterima mengandungi di antara 200 dan 250 mg besi. Tubuh manusia 
hanya mampu mengeluarkan sejumlah kecil (antara 1 hingga 4 mg sehari) saja 
kandungan besi di dalam badan.

Sehubungan itu, pesakit memerlukan ubat desferrioxamine yang mampu bertindak 
mengeluarkan kandungan besi yang berlebihan di dalam badan melalui air kencing 
dan najis. Ubat ini diberi secara suntikan di bawah kulit pada setiap hari dan 
lazimnya ia diberi pada sebelah malam. Ia digunakan di antara 5 dan 7 malam 
pada setiap minggu bagi mendapatkan penurunan zat besi yang baik.

Bagaimanapun, kos ubat ini tinggi dan terpaksa ditanggung oleh pesakit atau ibu 
bapa pesakit sendiri. Lazimnya, seorang pesakit perlu membelanjakan sebanyak 
RM500 hingga RM1,000 sebulan (bergantung kepada usia dan berat badan pesakit) 
bagi menampung pembelian dan penggunaan ubat itu.

Jangka hayat
Menurut Prof Dr Zulkifli Ismail, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia; pesakit 
yang tidak menjalani sebarang rawatan. lazimnya hanya berpeluang hidup diantara 
6 bulan dan 1 tahun. Bagaimanapun, jika pesakit menjalani pemindahan darah 
tetapi tidak mengmbil ubat desferrioxamine, jangka hayat mereka boleh mencapai 
antara 14 dan 16 tahun.

Namun begitu, jika pesakit menjalani pemindahan darah dan mengambil ubat 
desferrioxamine, mereka berpeluang hidup lebih lama. Ketika ini, usia pesakit 
talasemia yang paling panjang di negara ini ialah 30 tahun. 

Ubat-ubatan lain yang diperlukan pesakit talasemia
Kanak-kanak yang menghidap talasemia major selalunya diberi ubat asid folik 
atau folate. Pil asid folik diperlukan kerana ia membantu pembentukan sel darah 
merah.

Vitamin C pula diberi hanya kepada kanak-kanak yang menerima desferrioxamine. 
Selain itu, antibiotik penicillin juga diberi kepada pesakit yang menjalani 
pembedahan mengeluarkan organ limpa. Penicilin perlu diberi kerana daya 
ketahanan pesakit kepada kuman tertentu adalah kurang selepas organ limpa itu 
dikeluarkan.

Justeru, antibiotik itu perlu diberi sebagai usaha pencegahan

Perubatan Jawi
 Health-B dalam dos yang tinggi
 
 D'Tork
 
 Omega -3
 
 Roselle atau Asid Askobik
 
 Spirulina
 
 Deep Cleansing
 
 Kopi Radix
 

http://www.geocities.com/hamba66/HPA/talasemia.html

AYO GALANG SOLIDARITAS UNTUK MEMBANTU KORBAN MUSIBAH DI ACEH & DAN SUMATERA 
UTARA !!!
================
Kirim bunga, http://www.indokado.com
Info balita: http://www.balita-anda.com
Stop berlangganan/unsubscribe dari milis ini, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED]
Peraturan milis, email ke: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke