Khasiat Berbagai Jenis Ulaman

________________________________

Daun Selasih

1.  Minyak selasih mempunyai kesan antikulat. Ia turut mengandungi 
     vitamin C dan mineral. Selasih jenis ini paling kerap ditanam dan ia 
     mempunyai rasa dan bau kurang berbanding dengan selasih jenis lain.

Khasiat Ubatan: Air rebusan pokok (seluruh bahagian) selasih boleh dijadikan 
air mandian untuk merawat sakit sakit sendi jenis reumatisme,
sakit buah pinggang dan batu karang. Tidak ketinggalan penyakit kanser.
Manakala air rebusan daun dan rantingnya  boleh melegakan batuk.Bagi individu 
yg mempunyai masalah bengkak pada kepala dan dada (sistem pernafasan) khusus 
nya berkaitan kerongkong  (banyak kahak), boleh lah mengunakan daun selasih ini 
yg ditumbuk lumat dan ditampal pada anggota badan yg bermasaalah.

Petai

2.  Petai mengandungi bahan antinutrisi seperti tanin.. Kesan ubat 
     datangnya daripada alkaloid tertentu. Ia turut mengandungi  vitamin A,
     B dan C.

Khasiat Ubatan: Pengambilan biji petai dapat merawat masalah hati, busung 
bengkak, ginjal, diabetes serta membunuh cacing di dlm perut dan usus. Minum 
air rebusan daun nya pula boleh merawat deman kuning. Manakala kulit akar petai 
yg direbus sebelum diminum dapat merawat kencing manis.

Terung Pipit

3.  Terung pipit mengandungi vitamin A, B dan C.

Khasiat Ubatan:  Jika ditumbuk lumat seluruh bahagian terung pipit ini, cecair 
yg diperah keluar boleh digunakan sebagai penawar bisa patukan ular dan 
sengatan serangga. Buahnya pula jika dimakan, dikatakan mampu melegakan sakit 
perut. Manakala bijinya pula berupaya merawat sakit gigi jika dibakar dan 
disedut asap nya. Bagi yg mempunyai masalah pada bahgian kulit kaki yg merekah 
ataupun bengkak, boleh lah menumbuk lumat bahagian akarnya  dan ditampal pada 
bahagian yg bermasalah. Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki 
peredaran darah dari tempat yg bengkak. Bukan itu sahaja, akarnya jika direbus 
dan diminum dipercayai dapat merawat deman panas, pitam dan sawan.

Ulam Raja

4.  Ulam raja mengandungi vitamin A dan mineral kalsium yg penting untuk
     kesihatan tulang.
     Seluruh bahagiannya dimakan atau direbus sebagai ubat herba untuk
     mencuci darah, tonik otot dan menguatkan tulang.

Selom

5.  Minyak esen pada bahagian bunga daun selom mempunyai sifat
     fungisid (racun kulat) dan bakterisid (racun bakteria). Selom juga   
     mengandungi  vitamin A, B, C  dan mineral.

Khasiat Ubatan:  Buah dan biji selom, jika dihancurkan dan ditelan, boleh 
menjadi penawar kepada sindrom lebihan darah dalam saluran, perangsang buang 
air kecil serta mengeluarkan angin dalam perut dan usus. Manakala daun dan 
batangnya pula, boleh merawat bisul dan bengkak kerana kanser dengan melumatkan 
nya terlebih dahulu sebelum menampal nya pada bahagian  yg sakit. Air rebusan 
nya pula jika diminum boleh menjadi penawar demam panas, penyakit kanak kanak, 
selesema, susah buang air kecil dan kencing bercampur darah.  mahukan lebih 
info klik sini

_______________________________

DIREKTORI AGROBISNIS ABC
Tempat ngumpulnya para pengusaha
agrobisnis Indonesia bonafide:
http://www.direktoriabc.co.cc
_______________________________

Kirim email ke