Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai
fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai
pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada
perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu
pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah
dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan
manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan
bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk
manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang
diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai
khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara
telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun
1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di
Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan
harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang
terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi
pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah
penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat
badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak
mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah
minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana
struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding
dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu
memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah
membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40
tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan
minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada
minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses
dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat
sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar
diproses secara komersil dan besar-besaran.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor
farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan
besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa
dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh
virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa
besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus,
bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan
atau menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat
terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh
minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya,
sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang
paling bermakna untuk manusia sejagat.

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa
dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:


1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
2. meningkat kadar metabolisma badan
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
4. anti oxida semulajadi
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
9. berupaya menurunkan berat badan
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
11. membekal sumber tenaga dengan cepat
12. melembab dan melembutkan kulit
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
14. mengurangkan kesan keracunan makanan
15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
20. mengurangkan risiko dan kesan demam
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air

=================================
PEMBERITAHUAN: Perlahan tapi pasti kami akan mulai melakukan penertiban 
keanggotaan di milis ini. Jika Anda belum terdaftar sebagai anggota Agromania 
Business Club (ABC), silahkan segera mendaftarkan dengan mengisi formulir di 
http://www.agromania.co.cc

Dapatkan GRATIS 1 CD Direktori Penjual dan Pembeli Agro Indonesia Edisi 2007 
-2008 senilai Rp 250.000 (belum termasuk ongkos kirim) untuk anggota baru yang 
mendaftar sebelum tanggal 20 September 2008.
=================================
AGROMANIA (online & terpercaya sejak 1 Agustus 2000)
BERGABUNG: http://groups.yahoo.com/subscribe/agromania
=================================


Kirim email ke