'Goji' atau Wolfberry yang dikenali di Asia sebagai makanan bernutrien telah digunakan dalam dunia perubatan Cina sejak 1.900 tahun. Kemungkinan penggunaannya lebih lama kerana ia sering dikaitkan dalam cerita Cina sehinggalah ke Shen Nung (Shennong), Maharaja Pertama legenda Cina, bapa pertanian mitos dan pakar herba pada era 2,800 sebelum Masehi.
Sejak awal abad ke-21, di Amerika Syarikat clan negara-negara maju, goji mulai diiktiraf sebagai buah yang mengandungi banyak nutrien clan mempunyai ciri anti-oksidan. Wolfberry adalah nama am bagi sejenis buah yang dipanggil Lytium barbarum (Pinyu Cina: Ningxia gouqi). Buah beri ini adalah dari keluarga Solanaceae. Ubi kentang, tomato, terung dan serbuk lada juga termasuk dalam golongan ini. Spesis wolfberry kini ditanam di banyak daerah. Bagaimanapun, hanya di negara Cina, penanamannya dibuat secara komersial. Buah beri ini juga dikenali sebagai Wolfberry Cina, beri goji, barbary matrimony vine, bocksrlont, pokok the Duke of Argyll atau matrimony vine. Nama-nama lain adalah goji Tibetan dan goji Himalayan, kedua-duanya sering diguna dalam memasarkan produk-produk makanan kesihatan. Khasiat Perubatan Goji telah lama memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat daripada buah ini dipercayai, antaranya dapat mempertingkatkan funggsi sistem imun, memperbaiki penglihatan, melindungi hati, menambah penghasilan spenna dan memperbaiki peredaran darah. Dalam perubatan tradisional Cina, goji mempunyai rasa manis dan bersifat neutral. la bertindak terhadap hati, para-paru, buah pinggang dan memperkayakan 'yin'. la boleh dimakan secara mentah, diminum sebagai jus, dibru menjadi teh herba atau disediakan sebagai tinktur. Buah beri ini juga digunakan dalam perubatan tradisional Korea, Jepun dan Tibet. Dalam perubatan tradisional Cina, daun goji boleh diguna untuk membuat teh dan akar kulit Lvcium, bagi merawat radang (inflammatory) dan beberapa jenis penyakit kulit. Buah goji juga mengandungi zeaxanthin, satu diet karotenoid penting yang menyerap ke dalam retinal macula lutea, di mana ia menawarkan anti-oksidan. Kajian tentang penambahan ke atas manusia menunjukkan yang pengambilan goji setiap hari meningkatkan tahap zeaxanthin plasma. Banyak penerbitan, terutama dari negara Cina, melaporkan tentang faedah perubatan lycitun barbarum, terutama disebabkan oleh khasiat anti-oksidannyaa, termasuk potensi faedah terhadap penyakit kardiovaskular dan radang (inflammatory), penyakit berkenaan penglihatan (seperti macular degeneration dan glaucoma yang berkaitan dengan umur, mempunyai khasiat perlindungan neuro atau sebagai agen anti-kanser dan imuno-modulatory. Masakan Sebagai makanan, goji kering secara tradisi dimasak sebelum dimakan. la selalunya ditambah ke dalam nasi kanji, sup, dengan campuran ayam atau daging, sayuran serta lain-lain herba seperti keladi dan akar likuoris. Buah beri mi juga direbus sebagai teh herba, selalunya bersama bunga kekwa dan jujub merah. Pucuk dan daunnya juga ditanam secara komersial sebagai sayuran. Di Barat, goji kering dimakan 'terus ke mulut sebagai snek, sama seperti kita memakan kismis atau buah-buahan kering yang lain. Rasanya seakan-akan tomato dan sama seperti buah kurma, `cranberries' kering atau kismis. Ia juga selalu diguna dalam makanan diet mentah. ################ A B C ################## Mau Daftar ABC (Agromania Business Club) ? Perbanyak relasi, lipatgandakan penghasilan dan nikmati berbagai kemudahan serta fasilitas bisnis. Segera kirim email ke [EMAIL PROTECTED] AGROMANIA (online sejak 1 Agustus 2000) SMS AGROMANIA: 0 8 1 1 1 8 5 9 2 9 EMAIL: [EMAIL PROTECTED] MILIS: http://groups.yahoo.com/group/agromania AKTIVITAS: http://ph.groups.yahoo.com/group/agromania/photos REFERENSI: http://groups.yahoo.com/group/agromania/files/ ALAMAT: Jl.Jambu No.53, Pejaten Barat 2, Jaksel 12510 TELP/FAX: ( 0 2 1 ) 7 1 9 9 6 6 0 BERGABUNG: http://groups.yahoo.com/subscribe/agromania ################ A B C ##################