PANDUAN MENANAM TERONG PENANAMAN
Penyediaan Tanah Di Ladang Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22cm (6-9 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (48 inci) lebar dan 22-30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 inci). Gaulkan tahi ayam reput ke dalam tanah sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi). Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu. Menyediakan Benih Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 3 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm (2 inci) dan 2 cm (1 inci) antara biji benih. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya. Menanam Di Ladang Anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris. Dalam pasu dan Bekas-bekas Lain Tanam terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm (1 inci). Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam. PENJAGAAN Menyiram Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan. Membaja Di Ladang Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu. Sungkupan Di Ladang Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan rumput-rumput kering. Merumput Bersihkan batas-batas daripada rumput rumpai dengan menggunakan tangan, cangkul atau tajak. Bagi tanaman di pasu cabut rumpai yang tumbuh. Menyedia Sokongan Di Ladang Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1.5 meter (5 kaki) dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan yang dibuat di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2 m (4 kaki) panjang. MEMUNGUT HASIL Di Ladang Mulalah memetik buah 8 minggu selepas mengubah. Pungutan hasil dibuat setiap 4 hari. Anggaran hasil ialah sebanyak 75 hingga 125 kg bagi 50 meter persegi. Harga purata terung ialah RM 4.00 hingga RM 4.50 sekilo. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Mulalah memetik buah 10 minggu selepas menanam. Anggaran hasil ialah 1 kg sepokok. REKOMENDASI MILIS: http://groups.yahoo.com/group/hatihatilah http://groups.yahoo.com/group/relasimania http://groups.yahoo.com/group/ebookmaniak http://groups.yahoo.com/group/agromania http://groups.yahoo.com/group/katasibijak http://groups.yahoo.com/group/mobilemaniak http://groups.yahoo.com/group/indogitar http://groups.yahoo.com/group/sukasukamu http://groups.yahoo.com/group/satuXsatu TIPS PENCARIAN DI GOOGLE: daftar alamat pembeli agrobisnis / agribisnis, daftar alamat penjual dan pembeli Indonesia dan mancanegara, diskusi dan teori agribisnis, cara melakukan ekspor, buah-buahan, sayur-sayuran, ternak, kebun, taman, tanaman, tanaman obat (herbal), mesin pengolahan, mesin pertanian, makanan, minuman, ikan hias, hutan, pupuk, ikan, ikan laut, benih, biji, kacang-kacangan, daging, rempah-rempah, budidaya, hidroponik, hortikultura, sapi, ayam, burung, kambing, sawit, minyak sawit, bonsai, walet, anggrek, minyak atsiri, udang, kayu, lada, vanili, kopi, coklat, kacang, nilam, markisa, durian, lebah madu, pisang, bekicot, salak, ubi kayu, jagung, karet, eksportir / importir, penjual / pembeli, waralabais (pengusaha waralaba), produsen, wiraswasta, petani, informasi jasa, iklan produk agribisnis, informasi lowongan bidang agrobisnis, forum diskusi, konsultasi, daftar alamat, informasi harga, pertanian, perikanan, peternakan, perkebunan, kehutanan, agroindustri, agro indonesia. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/agromania/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/